Friday 9 December 2011

NAJIB SEMAKIN 'ULTRA MELAYU'?



VIDEO MENARIK

Oleh : MUHAMMAD FAIZAL

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa ingin menjadi 'Ultra Melayu' apabila hadir ke program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Shah Alam, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP.

"Dan ini diperkuatkan lagi apabila Najib sendiri hadir pada perhimpunan Pekida di Shah Alam, malah ucapannya menunjukkan beliau ingin menjadi 'Ultra-Malay'.

"Umno memainkan sentimen perkauman bagi mendapat undi Melayu dengan melabelkan parti kaum lain terutamanya DAP sebagai ancaman kepada seluruh orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang media di Shah Alam, kelmarin.

Khalid menyatakan atas dasar terdesak Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun menimbulkan ketidak senangan pihak lain.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh Najib dalam transformasinya juga sudah tiada malah beliau semakin terkebelakang.

"Kita tahu sebelum ini ramai pihak tidak menyukai pertubuhan Perkida termasuk dalam Umno sendiri tetapi Najib yang terdesak tetap menghadirinya kerana baginya undi Melayu itu penting dan kaum lain beliau tidak memberi penekanan yang sewajarnya.

"Malah tindakan tersebut membuatkan beliau semakin terkebelakang dengan transformasi yang dijanjikannya, transformasi yang dilaungkan olehnya untuk semua kaum bukannya meminggirkan kaum lain tetapi Najib pula menyongsang dengan pendiriannya," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Menurutnya lagi, Melayu tidak akan hilang walaupun Umno tidak diundi kerana yang hilang adalah Umno bukan Melayu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak gusar jika Umno kalah kerana Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menjaga orang Melayu dan kaum-kaum lain dengan lebih baik.

"Secara jelas saya katakan melihat kepada apa yang dilakukan oleh Najib serta Umno menunjukkan bahawa mereka telah gagal dan tidak boleh menjadi pemerintah yang adil dalam negara ini kerana mereka hanya memperjuangkan hanya untuk satu kaum sahaja.

"Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana dasarnya sama untuk kesejahteraan semua kaum malah di dalam Pakatan Rakyat jika ada sebarang kesulitan maka jalan penyelesaian dicari bukannya saling tuduh menuduh seperti yang dilakukan oleh MCA," katanya.

No comments:

Post a Comment