Sunday 11 December 2011

PASTIKAN BN TERUS MEMERINTAH SELEPAS PRU-13



HAMZAH...Pastikan BN terus memerintah selepas PRU 13 nanti.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

AHLI Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Dato' Hamzah Zainuddin, menegaskan sejarah telah membuktikan bahawa semenjak BN memerintah negara ini, parti itu berjaya menyatupadukan semua kaum kerana kepemimpinan BN tidak mengira latar belakang mahupun idealogi seseorang.

Dengan itu rakyat di Sabah, khususnya rakyat di kawasan Kinabatangan perlu memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU 13) yang bukan sahaja mengambil kira kesinambungan pembangunan, tetapi juga menfaatkan kestabilan politik dan keharmonian kaum akan dinikmati sampai bila-bilapun.

Beliau berkata, berbanding parti-parti pembangkang, belum pun mereka berkuasa sudah menunjukkan belang yang membimbangkan; apatah lagi corak pimpinan mereka bukan pula menggambarkan pakatan yang bersatu tetapi sebaliknya bermacam-macam hal terjadi.

Katanya, jika pimpinan sebegini rupa cuba meyakinkan rakyat tentu sekali membawa kepada permasalahan padahal mereka bukannya benar-benar memperjuang atau membela nasip rakyat yang berbilang bangsa di dalam negara ini.

"Ini kerana, kita tengok apa yang berlaku di kalangan mereka. Macam-macam kita dengar, betul tak? Kalau rakyat memberikan peluang kepada pembangkang, saya percaya suatu kerugian besar yang amat sangat.

"Justeru itu, saya menyeru kepada rakyat di negeri Sabah khususnya ahli-ahli Umno supaya memastikan kemenangan besar BN dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kerana hanya kerajaan ini saja mampu membela rakyat jelata," jelasnya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat diadakan di restoran terkemuka di sini, pada malam kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan ahli-ahli Umno mewakili Zon 5.

Menurut Hamzah yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, transformasi nasional dicetuskan hasil perancangan teliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membawa negara ke hadapan.

Tambahnya, transformasi nasional bukan hanya meliputi pembangunan dalam pelbagai aspek tetapi turut mengambil kira kestabilan politik dan keharmonian kaum di kalangan rakyat jelata.

"Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat prihatin terhadap masa hadapan negara ini. Rakyat harus melihat pendekatan ini sebenarnya menjurus kepada kemakmuran negara demi kepentingan generasi kita pada masa-masa mendatang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment