Friday 2 December 2011

PBS SUMBANG JERSI KEPADA KKM



JERSI….Jake menyampaikan sumbangan berupa jersi kepada Rizuan, wakil pasukan ping pong Jabatan Kesihatan Keningau sempena sukan Kementerian ke-23 peringkat negeri di Keningau.

Oleh : KENINGAU PRESS

DUA PASUKAN yang mewakili Jabatan Kesihatan Keningau sempena Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat sumbangan berupa jersi untuk kegunaan sempena pertandingan di Keningau.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jake Nointen yang telah menyumbangkan pakaian jersi kepada pasukan ping pong dan bola jaring Jabatan Kesihatan, turut memberi kata perangsang kepada pasukan agar bersungguh-sungguh dalam pertandingan itu.

Tahun ini daerah Keningau telah menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Negeri Kali Ke-23.

Rizuan Ajik yang menerima sumbangan baju bagi pihak pasukan ping pong yang diwakilinya memberitahu, sumbangan jersi itu amat dihargai dan mendorong kepada pasukan jabatan untuk bersungguh sungguh dalam persaingan kejohanan itu.

Turut hadir sama ialah Ketua Masyarakat Cina Keningau, Kapitan Lee Teck Soon.

Jake juga turut meluangkan masa menyaksikan pertandingan yang diadakan di Dewan Yuk Yin di sini.

No comments:

Post a Comment