Tuesday 13 December 2011

PENCARIAN MISS URBAN BEAUTY 2012 BERMULA


Oleh : KENINGAU PRESS

PENCARIAN Miss Urban Beauty 2012 kini dibuka dan dimulakan. Pertandingan ini adalah julung kali diadakan di daerah pedalaman. Pencarian Miss Urban adalah pertandingan yang berprestij kerana pemenang bakal beraksi di Miss Sabah Malaysia Model Of The World 2012.

Penganjur, Vonn Aura berkata, pertandingan itu julung kali diadakan di kawasan pedalaman dengan dibuka penyertaan kepada gadis yang berminat dari daerah Tambunan, Keningau, Sook, Nabawan dan Tenom. Peserta haruslah berumur diantara 18-26 tahun dan masih bujang. Berketinggian 160cm dan status warganegara Malaysia.

Vonn dari Showboy Inc selaku penganjur berkata, hadiah-hadiah lumayan menanti para pemenang yang layak ke peringkat akhir.

Paling penting kata Vonn ialah, peluang peserta dari pedalaman untuk mendapat tempat untuk bertanding di pentas akhir Miss Sabah Malaysia Model Of The World 2012 yang dianjurkan oleh Asia Pro Entertainment.

Kata Vonn, bidang peragaan mungkin masih baru di pedalaman, namun pertandingan Miss Urban Beauty 2011 boleh menjadi platform untuk menimba pengalaman dan menempa nama di bidang peragaan yang kebanyakannya diasah melalui pertandingan seperti Miss Urban Beauty 2011.

"Siapa sangka satu hari nanti kita akan mempunyai lebih ramai bakat dalam bidang peragaan dilahirkan dari kawasan pedalaman, kerana itulah pencarian ini dilakukan melalui pertandingan Miss Urban Beauty," kata Vonn.

Kepada peserta yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Urban Sabah 2012 ini boleh menghadirkan diri pada 28 Disember bertempat di Modaluce Keningau.

Tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan ini ialah pada 28 Disember 2011. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai boleh mengambil borang daripada butik Modaluce boleh menghubungi terus kepada pihak penganjur. Vonn Aura (0198220279 / 0142811117) Atau laman sosial Facebook MissUrbanSabah.com.

No comments:

Post a Comment