Tuesday 13 December 2011

PKSB TIDAK TOLAK KEPIMPINAN MAXI-NITA

KENYATAAN Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB), Baintin Adun @ Abdul Halim (tersiar di akhbar tempatan) yang meminta pucuk pimpinan Umno menggantikan Ahli Parlimen Kota Marudu (Dr Maximus Ongkila) dan Adun Tandek (Anita Baranting) tidak mewakili keseluruhan persatuan itu kerana tiada mesyuarat untuk tujuan itu pernah diadakan.

Timbalan Presiden PKSB, Hendrus Anding (gambar) berkata kenyataan Baintin yang juga mendakwa kedua-dua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) itu sebagai tidak menjalankan tugas dan gagal mengetengahkan masalah masyarakat Kimaragang dan Rungus sebagai kenyataan peribadi bermotifkan politik.

“Mungkin Baintin banyak menyerap semangat pidato dan gaya berhujah ketika menghadiri persidangan Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, namun sejauh berkaitan dengan suku Kimaragang dan Rungus, Ahli Parlimen dan Adun telah bekerja keras membawa pembangunan, di samping berlaku adil kepada semua suku dan parti-parti komponen BN (Barisan Nasional),” kata Hendrus yang juga Ketua Penerangan PBS Tandek.

Parlimen Kota Marudu diwakili Datuk Seri Dr Maximus Johnnity Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek ialah Anita Baranting, kedua-duanya dari PBS.

Menyentuh soal rumah PPRT (PBR), Hendrus yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tandek menyatakan, sejak 2008 daerah Kota Marudu telah menerima kelulusan sebanyak 281 buah PBR dan telahpun siap sepenuhnya.

“Begitu juga tentang soal pengagehan peruntukan yang mana semua parti komponen BN menerima agehan peruntukan setiap tahun, khususnya Umno Kota Marudu dan menurut saya pengagehan seumpama ini tidak berlaku di semua kawasan yang tidak diwakili PBS,” kata Hendrus.

Hendrus seterusnya menyifatkan cara Baintin menuntut kerusi untuk ditandingi sebagai terlalu keras dan tidak cermat, sedangkan kedua-dua wakil rakyat sekarang terbukti telah berjaya membawa banyak perubahan.

“Dalam konsep perkongsian kuasa, Baintin seharusnya sedar bahawa menjelang pilihan raya umum akan datang, kerjasama serta hubungan rapat antara pemimpin komponen perlu diperkukuhkan,” kata Hendrus.

Menurut Hendrus, seorang pemimpin yang berkualiti sepatutnya tidak hanya taat kepada pemimpin parti tetapi juga kepada rakan komponen dan saya percaya itulah juga pendekatan yang sedang diguna pakai oleh pucuk pimpinan negara dalam mentransformasi politik.

Seperkara lagi menurut Hendrus, kemenangan BN dan pembangunan rakyat adalah sama penting dengan aspirasi suku-suku kaum yang perlu diambil kira dalam apa juga corak pemikiran yang direncanakan.

4 comments:

  1. Salam hormat..
    Tiada gambar lain yang diguna sebagai gambar hiasan ka?

    ReplyDelete
  2. orang tua berkata-kata ,budak2 tertanya2. . remaja hanya tengo2. .semua syok sendiri .saya berasa lucu ,pemain politik sebenarnya hanya gilakan kuasa. . bukan untuk berhidmat. . .kerana kuasa,wang pun datang melimpah-limpah. . . .sekadar suka2. . .hehe

    ReplyDelete
  3. Siapa yang buat post ni aa?

    ReplyDelete