Thursday 15 December 2011

POLIS PERLU JAGA INTEGRITI



ANGGOTA polis perlu menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap masa bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada mereka, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata, mereka hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan imej melalui keterampilan, keperibadian, integriti dan memperbaiki sahsiah diri.

"Seorang pegawai polis, perlu mewujudkan keadaan sinonim dengan mesra rakyat, dalam masa yang sama bersikap tegas, adil dan berhemah.

"Jenama 'Men In Blue', yang menjadi ungkapan sejagat menunjukkan identiti lelaki dan wanita dalam perkhidmatan polis, hendaklah sentiasa dipelihara," katanya pada perhimpunan bulanan PDRM Sabah di sini pada Rabu.

Hamza berkata setiap anggota perlu mempunyai inisiatif memajukan diri sendiri demi menguatkan organisasi polis supaya terus cemerlang. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment