Thursday 22 December 2011

PUTERI UMNO DESAK ANWAR BERSARA



PERGERAKAN Puteri Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perjuangan Ketua Pembangkang itu dalam politik bukannya untuk kepentingan rakyat, jauh sekali kepada negara.

"Selain itu, Anwar juga terbukti menggunakan platform politik untuk melunaskan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) dan melindungi masalah peribadi, kes liwat, video seks serta melarikan diri daripada hukuman undang-undang," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata yang paling dikesali, Anwar telah menjual maruah politik kepada Pengerusi DAP Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela kes liwat beliau.

"Beliau langsung tidak berjuang untuk kepentingan negara. Maka beliau perlu bersara daripada politik segera disebabkan oleh masalah-masalah peribadi beliau yang akhirnya menyebabkan negara kucar kacir dan rakyat berpecah-belah," katanya. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment