Wednesday 7 December 2011

RAKYAT TIDAK SOKONG KAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA?



Saudara Pengarang,

SAYA ingin mengucapkan syabas kepada semua pejuang kempen memungut tandatangan untuk mendesak kerajaan Malaysia dan United Kingdom @ British agar mengkaji semula Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 di London.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya ada menerima panggilan telefon dari QC Lord Lester yang beliau akan bercuti Musim Krismas ini sehingga Februari 2012.

Beliau memberikan cadangan agar saya datang bertemu beliau di London pada musim panas, sekitar Julai 2012 kerana pada waktu juga Queen Elizabeth akan bercuti.

Untuk makluman rakyat Sabah, setakat ini hanya 75,000 tandatangan sahaja yang dapat dipungut dari seluruh Sabah/Sarawak/Malaya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 atau setengah juta tandatangan.

Selamat Menyambut Krismas dan tahun baru 2012.

Salam Hormat,

DATUK PATRICK SINDU

No comments:

Post a Comment