Wednesday 14 December 2011

SALLEH KALBI KEKAL TANDING P188-SILAM?



Oleh : JAYANTHI GEETA SUKUMARAN

AHLI Parlimen kontroversi yang pernah menggelarkan Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) sebagai ‘Kereta Terpakai’, Haji Salleh Kalbi kemungkinan besar akan dicalonkan semula di Parlimen Silam kerana ketiadaan calon yang sesuai; setelah pencabar terdekatnya, Haji Mohd Yusof Apdal mempunyai kes rasuah yang belum selesai.

Walaupun Salleh terlibat dengan pelbagai kontroversi dan lebih 20 laporan polis dan SPRM dibuat terhadapnya, namun SPRM belum membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen yang pernah glamor sebagai ‘Duta Keamanan PBB’ dan pemegang ijazah PhD yang bergelar ‘DR’.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen Silam, Salleh merupakan Ketua Pemuda UMNO Silam dan Pegawai Kemas Lahad Datu.

Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur yang sebelum ini bernafsu besar untuk bertukar ke kerusi Parlimen dan Mantan Ketua Puteri UMNO Silam yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Maizatul Akmam Haji Syed Ahmad Alawi dan Pegawai Pembangunan Negeri, Haji Matusin Sunsang yang diwar-warkan menggantikan Salleh, hanya impian kosong dan khabar angin kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah meletakkan Salleh sebagai ‘Winnable Candidate’.

Manakala bagi kerusi tiga DUN di Parlimen Silam, iaitu Lahad Datu, Tungku dan Kunak; belum ada sebarang keputusan dibuat kerana kemungkinan Najib akan mengumumkan Pilihanraya Parlimen disebabkan masalah teknikal negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat yang belum memberi kata putus untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing kerana penggal kuatkuasa hanya berakhir pada 2013.

Setakat ini tokoh yang telah mendapat persetujuan Perdana Menteri sebagai ‘Winnable Candidate’ ialah Ahli Parlimen Tenom (Datuk Raimi Unggi), Ahli Parlimen Kinabatangan (Bung Mokhtar), Ahli Parlimen Kimanis (Datuk Seri Anifah Aman), Ahli Parlimen Beluran (Datuk Ronal Kiandee) dan hampir kesemua Presiden Parti Komponen BN Sabah.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, mereka dijangka akan menurunkan Ustaz Badrul Amin menentang calon BN di Parlimen Silam kerana meyakini Badrul mempunyai pengaruh yang kuat di Silam sekalipun sebelum ini pernah tewas.

No comments:

Post a Comment