Wednesday 7 December 2011

SAPP, PARTI TUNGGAL PERJUANGKAN SABAH

Oleh : MASLAN BIN MAGINDA

SENARIO politik di Malaysia hari sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS memerintah kerana kerajaan persekutuan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti SAPP, Datuk Yong Teck Lee telah menjelaskan kepada rakyat di Kampung Lingkubang bahawa mereka harus memilih Parti SAPP pada Pilihanraya ke-13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan melanggar Perjanjian Malaysia.

Pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin dan Rakyat sempena pelancaran manifesto pembaharuan element untuk Sabah di Lingkubang yang diadakan pada 04 Disember 2011 itu, Yong memberikan penjelasan serta amaran kepada rakyat di Sabah, bahawa Pilihanraya ke-13 adalah sangat penting dan terakhir untuk Sabah mengubah kerajaan, Parti SAPP adalah satu Parti Tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat.

Beliau juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah akan menyelesaikan isu PATI. Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah PATI dengan tertubuhnya kerajaan baru kelak.

Yong juga telah menjelaskan bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk memberikan pembangunan sebenarnya, tetapi mereka hanya untuk mendapatkan undi rakyat serta mengikis kekayaan Sabah sahaja.

Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih Parti SAPP supaya hak-hak rakyat Sabah dapat pembelaan dengan baik, Rakyat tidak perlu ragu untuk memilih Parti SAPP sebagai kerajaan memerintah Sabah kerana SAPP boleh memberikan jaminan pembangunan kepada rakyat Sabah termasuk ekonomi rakyat berbanding dengan pemerintahan PBS dahulu yang tidak bijak menghadapi tekanan kerajaan pusat serta kurangnya pengalaman mereka mencari sumber ekonomi yang boleh didapati di Sabah.

PBS dan SAPP tidak serupa kerana SAPP mempunyai pemimpin pakar ekonomi yang boleh menemukan sumber kewangan yang boleh didapati di Sabah sendiri seperti cukai kerajaan daripada persekutuan yang boleh dianggarkan RM15 billion setahun, belum masuk sumber lain yang ada di Sabah yang sudah pun dikenalpasti bahan mentah tersebut. Dengan adanya jumlah yang besar ini, rakyat Sabah boleh hidup tanpa bantuan kewangan daripada persekutuan.

Barisan Nasional dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Simpanan Tetap kepada kemenangan mereka untuk terus memerintah negara dan ini telah memberikan peluang bagi SAPP untuk menunjukkan keikhlasan berjuang untuk rakyat dengan mengambil tindakan yang berani untuk keluar dari Barisan Nasional 2008 supaya Sabah dapat diperintah oleh Parti Tempatan, supaya semua masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan sekarang dapat diselesaikan.

Terdahulu sebelum ucapan Datuk Yong, Peter Marajin seorang peguam dan merangkap Timbalan Ketua Bahagian N7 Kadamaian berkata, bahawa kerajaan dahulu yang dipimpin oleh PBS, tidak sama dengan kerajaan yang bakal dipimpin oleh SAPP.

Oleh itu, rakyat perlu menolak PBS dan Parti Komponen yang lain dalam Barisan Nasional kerana mereka hanyalah kuda tunggangan Barisan Nasional dan UMNO sahaja.

Peter juga menerangkan bahawa jika PBS benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka tidak akan mengkhianati rakyat sendiri dengan kembali semula dalam Barisan Nasional, tetapi pemimpin-pemimpin dalam PBS dan kompenen yang lain hanyalah pentingkan diri sendiri diketepikan.

Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Timbalan Presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun, yang menerangkan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dan ugutan kepada pemimpin yang menentang mereka.

Perkara ini pernah berlaku ketika SAPP keluar daripada Barisan Nasional 2008, dimana beliau dan Datuk Yong telah ditawarkan jawatan tinggi supaya tidak meninggalkan Barisan Nasional.

Eric menjelaskan bahawa beliau juga telah diugut supaya, “Jangan Mencabar Orang Melayu “, ini jelas bahawa pemimpin persekutuan memerintah nagara ini secara kukuh, besi dan zalim.

Oleh itu, rakyat Sabah harus menolak Barisan Nasional dan UMNO serta Parti-Parti daripada Semenanjung dan memberikan sokongan kepada SAPP untuk menyelamatkan autonomi dan kekayaan Sabah. Oleh itu, rakyat jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang yang mengatakan bahawa SAPP akan masuk BN semula.

Manakala mantan Menteri Kewangan Sabah era pemerintahan Parti Berjaya, Datuk Mohd. Nor Mansur yang bertindak sebagai Penasihat Parti SAPP pula memberikan amaran yang tegas kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung Lingkubang supaya berdiri berani untuk mempertahankan hak-hak mereka sebagai rakyat tempatan Sabah.

Beliau juga telah menyentuh sedikit tentang rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk membina empangan di Kampung Tambatuon yang dilihat boleh mengancam keselamatan orang serta melanggar tanah adat orang kampung yang sudah lama tinggal di Kampung Tambatuon.

Datuk Mohd. Nor Mansur juga menerangkan kepada penduduk di Kampung Lingkubang supaya memelihara tanah adat mereka dengan baik. Beliau memberikan jaminan bahawa apabila SAPP memerintah nanti, semua tanah milik orang kampung yang diambil oleh syarikat-syarikat besar daripada Semenanjung akan diambil semula dan dikembalikan kepada penduduk kampung yang berhak.

Beliau juga menekankan kepada rakyat Sabah supaya jangan termakan dengan pemberian serta pembangunan yang sedang diberikan oleh Barisan Nasional, kerana itu hanyalah pancing undi dan rasuah yang jelas.

Beliau mengatakan bahawa, jika benar-benar Barisan Nasional membantu rakyat Sabah, kenapa menjelang Pilihanraya baru mereka keluarkan semua bantuan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Di akhir ucapan beliau, Datuk Mohd. Nor meminta kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung Lingkubang supaya terus memberikan sokongan kepada SAPP dan menolak parti yang datang daripada Semenanjung yang hanya memperbodohkan rakyat Sabah sahaja.

Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Puan Agnes Liewpin, Ketua Bahagian N7 Kadamaian, yang memberikan ucapan pertama pada majlis pelancaran manifesto pembaharuan element tanah untuk Sabah di Lingkubang dengan ucapan beliau memberikan kata-kata semangat dan harapan kepada penduduk di sekitar Lingkubang yang hadir pada masa itu supaya tidak rasa takut untuk berjuang bersama SAPP.

Beliau menyampaikan mesej Perjuangan SAPP seperti apa yang dilancarkan petang ini berkenaan ‘Dasar Reformasi Tanah’, adalah menunjukan keikhlasan SAPP yang betul- betul berjuang untuk rakyat Negeri Sabah, kerana tanah merupakan kehidupan orang orang kampung. Tanpa tanah orang kampung akan kehilangan budaya. Pesta Menuai tidak akan dapat diraikan jika tidak ada padi yang di tuai.

“Jika SAPP tidak serius dengan perjuangan orang Sabah, tidak mungkin Manifesto yang pertama yang diperjuangkan oleh SAPP ialah Tanah, itu bukan kepentingan untuk Datuk Presiden,” kata Agnes lagi.

Turur hadir pada waktu itu ialah Malik Mohed Ketua Bahagian N6 Tempasuk; Jimmy Thai Ketua Bahagian N8 Usukan; Japiril Suhiaimin Ketua Bahagian N12 Kundasang dan Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP.

No comments:

Post a Comment