Thursday 29 December 2011

SUKAN RAKYAT PAS PENSIANGAN MERIAH



Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOOR

MAJLIS Sukan Rakyat PAS Pensiangan berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 300 penduduk sekitar DUN Sook mengambil bahagian dalam setiap acara yang dianjurkan.

Yang DiPertuanya, Hisammuddin Sulaiman berkata, sambutan yang diberikan penduduk kampung sememangnya menyuntik semangat untuk lebih memahami dan merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat setempat.

“Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung agak baik dan pihak kami berasa gembira dengan sambutan ini. Mudah-mudahan kita akan meneruskan lagi program-program santai sebegini. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan hubungan rakyat dan pemimpin,” jelasnya.

Terdahulu, Pemuda PAS bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kampung Batu Luguyan, Sook mengadakan sukan rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun ke 47 kampung tersebut yang dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman.

“Banyak acara yang dianjurkan pada sambutan ulang tahun ini. Antara yang meriah ialah acara menyumpit,” katanya.

Selain itu, Sukan Rakyat turut diadakan di Kampung Lingkudau dengan sambutan yang turut menggalakkan apabila pertandingan bola sepak Piala YDP Pensiangan dianjurkan tersebut disertai golongan muda kampung berkenaan.

No comments:

Post a Comment