Thursday 22 December 2011

TASK FORCE WANG HARAM SUDAH BERHASIL



PASUKAN Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menangani pengaliran keluar wang secara haram sudah menunjukkan tanda-tanda kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu.

Beliau berkata kejadian pengelakan cukai, sebagai contoh, sudah dapat dikurangkan.

"Kami menjangkakan hasil (kutipan cukai) tahun ini sebanyak RM22 bilion lebih tinggi berbanding tahun lepas (RM86.475 bilion) dan RM7 bilion lebih banyak berbanding unjuran tahun ini (RM91 bilion)," kata Najib.

Beliau menjawab soalan mengenai laporan Global Financial Integrity (GFI), kumpulan pemantau yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bahawa Malaysia kehilangan RM150 bilion pada 2009 akibat pengaliran keluar wang secara haram, keempat tertinggi dalam kalangan negara membangun.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan berusaha untuk meningkatkan lagi tindakan bagi memastikan ketirisan dana ditangani.

Mengenai sama ada pengaliran keluar wang secara haram akan menjejaskan ekonomi, Najib berkata: "Tidak...seperti yang anda ketahui, ekonomi domestik berkembang pesat. Jika dari segi impaknya negatif, kita tidak dapat mencatat lima peratus dan kita mempunyai permintaan domestik yang kukuh di negara ini." (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment