Tuesday 20 December 2011

TERSILAP LANGKAH, SABAH DIKUASAI SULTAN SULU?

Saudara Pengarang,

ANTARA sedar dengan tidak, tiang kuasa politik sudah lama di tanam di Sabah, sehingga kini tidak ada tindakan terhadap ’Sultan Sulu’ oleh kerajaan Malaysia. Mungkinkah ada agenda tersembunyi di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Sulu? Kalau diamati kuasa parti politik tempatan, sudah tiada melalui pengagehan kerusi yang tidak seimbang.

Jikalau parti tempatan bersuara pun, tidak akan dilayan sebab autonomi itu di pegang oleh parti semenanjung; tidak mustahil masa akan datang parti-parti tempatan ini akan dihanyutkan oleh tangan-tangan ghaib.

Pada masa itu, mungkin ada satu parti baru yang muncul sebagai ganti kepada parti tempatan ini dan percayalah parti itu dikuasai oleh pemimpin-pemimpin asing yang diberi kewarganegaraan songsang.

Malahan pada masa itu, kerajaan Sulu tidak perlu lagi berperang untuk mendapatkan kembali Sabah yang kononnya tanah mereka; tetapi hanya melalui politik maka mereka akan berkuasa.

Sultan sudah ada. Politik pun sudah dikuasai dan pada masa ini sabah akan bersultankan Pemerintah Sulu. Lihat sahaja jumlah terkini PATI di Sabah, jelas melebihi jumlah penduduk tempatan.

Pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa walaupun ada beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan ini. Ingat! Jika teori saya ini benar, maka kita seperti bermain catur dalam keadaan leka atau separuh khayal sehingga memudahkan pihak lawan melakukan ’check mate’ kerana segala pergerakan telah terkunci.

Dalam pada itu, bagi mencari penyelesaian masalah ini, kita perlu kembalikan kuasa autonomi Sabah terlebih dahulu; rakyat tempatan Sabah perlu bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang (UMNO-BN). Maknanya bersatu di bawah parti tempatan yang menentang kerajaan pada masa ini.

Jikalau ini pun sukar kita lakukan, maka suatu hari nanti kita akan berputih mata. Renung-renungkan lah wahai rakyat tempatan Sabah; kerana dalam politik tiada yang mustahil; maka oleh itu kita mesti bijak mengatur langkah dan bukannya mudah dikaburi oleh kekayaan yang diberi.

Para pemimpin politik Sabah yang kini berkuasa perlu bijak dalam hal ini dan bukannya tunduk kerana takut hilang kuasa dan kekayaan; janganlah fikir kepentingan diri sendiri, tetapi fikirkanlah apa yang akan berlaku terhadap rakyat Sabah pada masa akan datang.

Salam Hormat,

ROGER STIMIN

41 comments:

  1. Harap Akjan ini tidak dibenarkan berpolitik di Sabah. Dikuartiri akan menghuru-harakan Sabah. Jika dia ni ikut dalam arena politik Sabah, rasa2nya ramai rakyat Sabah yang marah.

    ReplyDelete
  2. Publisiti murahan saja dia ni. Harap2 tidak Sabah jatuh ke tangan Akjan. Harap2 pemimpin2 Sabah bijaksana dalam hal ni.

    ReplyDelete
  3. akjan harus diusir keluar dari sabah...apa kerajaan malaysia tunggu lagi..?

    ReplyDelete
  4. disebabkan itulah, RCI harus wajib ditubuhkan sebelum PRU13 untuk menyiasat projek IC..panelnya juga haruslah terdiri daripada rakyat sabah yang berkaliber dan bukannya dari luar seperti dari semenanjung atau sarawak kerana hanya rakyat sabah tulen sahaja yang faham dan sedar akan kritikalnya situasi PATI di sabah sekarang.

    ReplyDelete
  5. semua rakyat sabah harus bersatu hati tanpa mengira suku etnik, agama dan politik untuk mendesak RCI ditubuhkan..

    ReplyDelete
  6. PRU 13 makin dekat...pandai-pandailah kita memilih..

    ReplyDelete
  7. kerajaan negeri/pusat harus buktikan kepada rakyat bahawa ianya benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah yang semakin meruncing ini

    ReplyDelete
  8. kalau boleh kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  9. dan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

    ReplyDelete
  10. semoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak
    kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  11. Kerajaan seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI.

    ReplyDelete
  12. Kini semuanya terpulang pada rakyat untuk membuat perubahan. Gunakan kuasa yang ada sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  13. W/pun takda bukti sah yang menunjukkan si Akjan ni terlibat dengan projek IC, namun jauh disudut hati saya terdetik juga kebenaran dakwaan yang dilemparkan terhadap si Akjan ni.

    ReplyDelete
  14. Bukan berniat menunding jari namun kata orang takkan pokok bergoyang kalau takda yang menyebabkannya bergoyang kan???

    ReplyDelete
  15. Saya tidak tahu apa sudah jadi dengan politik sekarang namun saya harap kerajaan dapat menyelesaikan isu pati secepat mungkin sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  16. Jika tak, habislah Sabah kena tawan oleh pati nanti. huhuhu

    ReplyDelete
  17. Sultan Sulu patut balik ke negara asalnya, jangan lagi campur tangan dalam politik Sabah.

    ReplyDelete
  18. Kita tidak menerima mana-mana sultan sulu di Sabah, rakyat Sabah tidak muda terpengaruh.

    ReplyDelete
  19. cuba bayangkan suatu hari nanti Sabah bersultankan Sultan Sulu Akjan, PATI boleh duduk di rumah2 besar, pangkat tinggi dan kita penduduk ori Sabah hidup di bawah kuasa mereka...

    ReplyDelete
  20. saya pun hairan bagaimana Akjan boleh terlepas begitu saja dan masih boleh dipercayai walaupun banyak jenayah berat yang telah dilakukannya.

    ReplyDelete
  21. Akjan mengaku sebagai Sultan sulu, rakyat sulu sendiri pun belum tentu nak terima dia sebagai Sultan. dia bukanlah sultan sulu, kesultanan Sulu dah lama lenyap. Akjan sepatutnya di buang dari negara ini.

    ReplyDelete
  22. kita tak boleh biarkan orang sepert Akjan berleluasa di Sabah. tindakan Akjan mengaku sebagai sultan sulu membuktikan bahawa dia tak ada kesetiaan pada negara.

    ReplyDelete
  23. ramai pihak yang mengambil kesempatan dengan menggambarkan kenyataan Akjan itu sebagai pendirian kerajaan secara keseluruhan. untuk apa PSC ditubuhkan jika kerajaan hanya perlu mendengar saranan dari seorang yang pernah ditahan dibawah ISA??

    ReplyDelete
  24. parti pemerintah tidak akan sewenang2nya merisikokan kedudukan mereka hanya kerana mahu memberikan keistimewaan kepada Akjan dalam membuat keputusan untuk negeri ini..

    ReplyDelete
  25. Kenapa Akjan boleh terlepas begitu saja? Dia siapa? PErlukah kita tunduk dengan orang seperti ini?? Siasat si Akjan ini.

    ReplyDelete
  26. it will be sabah's doomsday if sabah were to fall into the hands of akjan.

    ReplyDelete
  27. I can't help to wonder why is this pilipin walking freely after the incident of him declaring himself as the sultan of sulu.

    ReplyDelete
  28. Akjan should be kick out from sabah. so is the rest of the PTIs that has no business in sabah.

    ReplyDelete
  29. Jangan biar dia menakluki Sabah.

    ReplyDelete
  30. Akjan is one of the worst guy I ever known.

    ReplyDelete
  31. Sultan yang tidak Sah. Mengaku diri sebagai sultan sulu adalah salah dan patut dikenakan kesalahan undang-undang. Akjan seharusnya menerima hukuman atas apa yang berlaku sebelum ini.

    ReplyDelete
  32. This guy should be get rid of asap.

    ReplyDelete
  33. This man really pose a threat to Sabah.

    ReplyDelete
  34. Politik Sabah tidak memerlukan Sultan Sulu ini lagi.

    ReplyDelete
  35. Adakah Sulu sedang mencabar politik atau undang-undang negara?

    ReplyDelete
  36. Adakah juga golongan yang membuat cerita dan mencabar kerajaan.

    ReplyDelete
  37. Buatlah siasatan supaya Akjan juga bebas dari kritikan negatif.

    ReplyDelete
  38. tiada pun yang iktiraf Akjan tu sebagai sultan sulu.

    ReplyDelete
  39. semua harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pati yang berlaku di Sabah.

    ReplyDelete
  40. harap masalah pati akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete