Wednesday 7 December 2011

USIA KENINGAU ANJUR KHATAN PERDANA



Oleh : KENINGAU PRESS

PERTUBUHAN Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Keningau akan mengadakan Program Khatan Perdana pada 15 Disember ini.

Ketua Belia Usia Keningau, Erwan Jail berkata, program itu terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun atau ke atas di kalangan kanak-kanak yang belum berkhatan

Menurut Erwan, program khatan perdana itu terbuka kepada penduduk di sekitar daerah Keningau dan memenuhi syarat pihak penganjur.

Katanya, pihak penganjur akan menanggung kos khatan, perubatan dan program, bagaimanapun kos pengangkutan peserta adalah tanggungan sendiri.

”Pendaftaran untuk program ini dibuka sehingga 10hb Disember dan kami mensasarkan penyertaan sehingga 100 orang sahaja,” kata Erwan.

Program itu dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Keningau yang akan dirasmikan oleh Ketua Pergerakan tersebut, Azman Hj.Ruslan bertempat di Padang Kg. GDW Bayangan bermula jam 7.00 pagi pada 15 Disember ini.

Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui http://www.keningau.org/khatan/ atau menghantar butiran nama peserta, umur, dan no. telepon ke HP 0168263905.

No comments:

Post a Comment