Tuesday 20 December 2011

WAJIB SOKONG PROGRAM TRANSFORMASI PERDANA

MASYARAKAT diingatkan tidak terpedaya dengan dakyah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, khususnya parti pembangkang yang sengaja memutarbelitkan setiap dasar atau program kerajaan dalam usaha membela nasib rakyat.

Sebaliknya rakyat perlu menyokong usaha murni kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sedang menjayakan agenda perdana mentransformasi kehidupan rakyat khususnya di luar bandar.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi, berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Program Khidmat Kesihatan Masyarakat anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti UKM yang dirasmikan oleh Dato’ Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia bertempat di Balai Perpaduan Kg.Inubai, Tenom.

Raime berkata, adalah menjadi dasar kepada kerajaan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum, agama dan kebudayaan.

”Nikmat perpaduan, keamanan dan pembangunan yang dinikmati pada dalam negara ini pada hari ini adalah bukti jelas kebijaksanaan kerajaan dalam mentadbir urus negara ini,” kata Raime yang membidas pembangkang kerana sering memutarbelitkan isu demi survival politik mereka.

Raime berkata, dalam usaha kerajaan meringankan bebanan kehidupan rakyat khususnya bagi yang sudah berkeluarga, selain daripada pelbagai subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat; kerajaan telah memberi pelbagai insintif seperti Bantuan Khas RM100 untuk awal persekolahan 2012 dan Bantuan RM500 untuk setiap keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk setiap keluarga di seluruh Malaysia.

”Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat dan jelas sebagai bukti bahawa konsep sebuah Negara kebajikan menjadi amalan oleh kerajaan BN,” tambah Raime.

Jesteru itu, kata Raime, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pembangkang yang semata-mata memesongkan fikiran rakyat dengan janji-janji retorik dalam usaha menimbulkan ketidakpercayaan dan kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Sebaliknya, jelas Raime, rakyat seharusnya menyokong dan mensyukuri setiap usaha serta pemberian kerjaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Raime turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada JASA Malaysia atas program turun padang menjalankan program yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan berharap program sedemikian dapat dilaksanakan lagi di kawasan Parlimen Tenom.

Selepas acara perasmian, Raime dan Fuad serta beberapa orang pemimpin setempat meluangkan masa melawat seorang ayah tunggal, Panai Linsau, 57 di kediamannya yang daif di Kg.Kalasasan, Inubai dan Raime mendesak pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu Linsau.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program tersebut termasuklah Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada masyarakat di Mukim Inubai yang berjalan selama dua hari iaitu daripada 18–19 Disember 2011 yang dikendalikan oleh beberapa orang doktor dan juga pelajar-pelajar perubatan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hadir sama dalam majlis ini, Pengarah JASA Negeri Sabah, Hj.Abdul Manap Lakariba; Pegawai Daerah Tenom, Siriman M.F. Basir; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat N.36 Kemabong mewakili Datuk Rubin Balang (ADUN N.36 Kemabong) Sukimin Rukini; Ketua Daerah Tenom, David Jani; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Suhaili Guriaman; Naib Ketua Bahagian UMNO Tenom, Esar Andamas; Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenom dan pemimpin-pemimpin setempat dan masyarakat Mukim Inubai.

26 comments:

  1. rakyat harus tahu menilai sesuatu pemberian dari mana2 pihak. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat dan sentiasa memberi bantuan. Diharap rakyat sentiasa mengambil peluang untuk menyertai program2 yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  2. harap bantuan kerajaan akan berterusan dalam membantu rakyat, diharap program2 kerajaan dapat membntu meningkatkan taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  3. Dengan adanya program2 yang membantu rakyat, at least dapat juga mengurangkan bebanan rakyat disamping meningkatkan taraf kehidupan:)

    ReplyDelete
  4. Namun dalah kegembiraan menerima, rakyat harus bijak membuat penilaian. Jangan hanya sebab menerima terus mata jadi buta dan tak nampak apa yang tak baik pula:P

    ReplyDelete
  5. Susah sekarang ni. Ada saja hal yang timbul. Malah niat disebalik seseorang pun sukar dikenal pasti.

    ReplyDelete
  6. Apapun, saya tak nafikan kita patut menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

    ReplyDelete
  7. Semoga semua yang diusahakan membuahkan hasil yang positif sebagaimana yang diharapkan.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Sabah pandai membuat penilaian sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memutar belit fakta dan kenyataan.

    ReplyDelete
  9. Kita perlulah undi dengan bijak supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Undi berdasarkan kemampuan sesuatu parti dan bukan janji-janji manis mereka.

    ReplyDelete
  10. Janji2 pemimpin memang sangat mempengaruhi undi rakyat. kalau sekali tidak tertunai mungkin rakyat masih boleh sabar dan bertolak ansur tapi kalau sudah berkali2, tau2lah apa rakyat mau buat.

    ReplyDelete
  11. rakyat yang sudah lama mengikuti perkembangan politik pemimpin2 pasti tahu tindakan pemimpin itu ikhlas atau mempunyai niat di sebaliknya. kadang2 ada yang sampai membuat analisis.

    ReplyDelete
  12. pembankang mmg suka memutarkbelitkan fakta, semua yang kerajaan lakukan adalah salah di mata mereka. kita sebagai rakyat jgnlah mudah terpengaruh dgn kata2 pembangkang.

    ReplyDelete
  13. kerajaan BNharus lebih kerap turun padang membantu dan selesaikan masalah rakyat. rakyat kini sedang menilai kerajaan mana yang patut mereka sokong

    ReplyDelete
  14. setiap individu perlu bijak menilai sesuatu pekara.

    ReplyDelete
  15. kerajaan harus sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  16. pembangkang membuat pelbagai spekulasi berkenaan dengan program bantuan kerajaan, sedangkan dalam agenda perjuangan mereka atau janji mereka turut mengetengahkan program bantuan seperti itu..

    ReplyDelete
  17. sepatutnya pemimpin2 politik pembangkang menggalakkan setiap program bantuan kerajaan, bukannya meremehkan usaha itu semata2 mahu mengalihkan sokongan rakyat kepada parti pembangkang..

    ReplyDelete
  18. Selain wakil rakyat harus sentiasa turun padang untuk bertemu dengan rakyat, rakyat juga perlu belajar menerima perubahan yang dibawa oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  19. lately, the gov has been extra attentive to the people's financial welfare.

    ReplyDelete
  20. I hope this effort to help the people financially continues and at the same time the people should also work hard.

    ReplyDelete
  21. when election comes, everyone must come out to vote. Sabah's future is in our hand.

    ReplyDelete
  22. Jika perkara baik kerap kali dibuat kepada rakyat rasanya hasutan dari Pihak pembangkang tidak akan berkesan kepada penduduk. Maka kerajaan yang memainkan peranan besar dalam hal ini.

    ReplyDelete
  23. Janji yang telah dibuat harus ditunaikan.

    ReplyDelete
  24. Kerajaan prihatin dengan rakyat Sabahan. Cuma sebilangan perosak parti yang menjejaskan imej dan menyebabkan banyak undian lari ke parti lain.

    ReplyDelete
  25. "Bantuan Khas RM100 untuk awal persekolahan 2012 dan Bantuan RM500 untuk setiap keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk setiap keluarga di seluruh Malaysia."

    Banyak mempertikaikan bahawa ini cuma gimik untuk menambat hati untuk mengekalkan kuasa di PRU13.

    ReplyDelete
  26. Pemberian sebegini cuma membebankan kerajaan. Harus juga diuruskan dengan berhati-hati.

    ReplyDelete