Sunday 22 January 2012

16 KELUARGA DAPAT PENEMPATAN SEMULA

TERIMA....Azizah menerima borang penempatan semula untuk 16 keluarga di Kg Masjid Baru Bekalau, Beaufort daripada Moksin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SERAMAI 16 keluarga yang membina rumah setinggan sebelum ini mendapat penempatan semula di Kampung Masjid Baru Bekalau, Beaufort berikutan tanah yang mereka duduki akan dimajukan oleh pemiliknya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang melawat ke kawasan penempatan itu menerima borang permohonan dari Moksin Ayub mewakili 16 keluarga terbabit.

Hadir sama, Ketua Kampung Bekalau, Butui Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bekalau, Rahman Karmo dan Ketua Umno Cawangan Bekalau, Camarlin Loksil.

Azizah yang juga Adun Klias berharap penduduk terbabit yang ditempatkan di kawasan seluas kira-kira 10 ekar itu dapat menjaga kebersihan persekitaran dan mengeratkan hubungan antara mereka dan penduduk sedia di situ.

KUALITI.....Azizah meneliti kualiti pembinaan jambatan pejalan kaki di Kampung Bekalau Beaufort ketika turun padang melawat kampung itu.

TINJAU .....Azizah bersama pemimpin masyarakat meninjau jambatan gantung yang baru di bina di Kampung Bekalau, Beaufort.

Pada lawatan Azizah turut melawat dan projek pembinaan jambatan gantung yang baru di bina dan juga jambatan pejalan kaki yang yang dibaik pulih.

Sementara itu, Moksin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan perhatian Azizah dan kerajaan Barisan Nasional.

“Bagi pihak keluarga yang mendapat penempatan semula di kampung ini. Kami berasa amat gembira kerana mempunyai pemimpin yang prihatin terhadap masalah yang kami hadapi dan dengan bantuan beliau kami kini boleh hidup dengan lebih selesa.

“Sehubungan itu kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Azizah dan kerajaan BN dan saya amat berharap penduduk di sini akan terus menyokong dan mempertahankan kerajaan BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment