Thursday 26 January 2012

60 % BEKAS TENTERA HIDUP MISKIN

KIRA-KIRA 60 peratus daripada 13,550 orang bekas anggota tentera di Sarawak hidup di bawah paras garis kemiskinan, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia Sarawak, Lt Kol Monday Juhid.

Mereka terdiri daripada veteran tentera yang tidak menerima pencen selepas menamatkan perkhidmatan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada anggota veteran oleh Panglima Tiga Briged, Brig Jen Hasagaya Abdullah, Rabu.

Monday berkata, JHEV sedang menggiatkan usaha mencari dan mendaftar kesemua veteran tentera di negeri itu, namun setakat ini usaha berkenaan hanya berjaya mencatatkan 6,500 orang.

"Lebih separuh lagi yang belum mendaftar dengan kami dan kita akan menggunakan jaringan hubungan dengan 18 buah cawangan Persatuan Bekas Perajurit di negeri ini untuk menyampaikan maklumat jabatan kepada veteran yang terlibat," katanya.

Monday berkata JHEV Sarawak bercadang mengadakan lapan program kaunter bergerak sebagai satu lagi strategi melebarkan jangkauannya di negeri ini.

Menurutnya masalah logistik di kawasan luar bandar Sarawak telah dikenal pasti sebagai antara punca yang mengekang veteran tentera untuk mendaftar dengan JHEV.

"Ada juga segelintir bekas tentera yang kurang berminat untuk mendaftar atas alasan tidak memberikan apa-apa faedah kepada mereka, tetapi jumlah mereka ini sedikit sahaja," katanya.

JHEV ATM yang ditubuhkan pada 2001 di bawah Kementerian Pertahanan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan sosio-ekonomi kepada bekas anggota tentera.

"Selain skim bantuan sara hidup, pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, perubatan dan bencana, jabatan juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan bantuan keusahawanan untuk bekas tentera," kata Monday.

Sementara itu, Perbadanan Hal-Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Sarawak dan Sabah akan memulakan pengambilan veteran tentera untuk menjalani latihan keusahawanan Program Pembangunan Sosio-Ekonomi Veteran Tidak Berpencen mulai penghujung Februari ini.

Pengurus Wilayah Perhebat Sarawak/Sabah, Mejar (B) Ibrahim Omar berkata setakat ini jumlah penyertaan untuk pengambilan pertama ini belum ditetapkan kerana ia bergantung kepada bidang keusahawanan yang ingin diceburi bekas anggota tentera berkenaan.

"Latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk melahirkan 1,000 orang usahawan di kalangan veteran ATM yang tidak berpencen setiap tahun bermula tahun ini," katanya. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap kerajaan dapat membantu meringgankan beban bekas2 tentera tu.

    ReplyDelete
  2. mungkin harus anjurkan program2 tertentu untuk membantu mereka.

    ReplyDelete
  3. bekas2 tentera yang hidup susah tersebut harus diberi bantuan agar mereka dpt menjalani hidup dgn lebih baik.

    ReplyDelete
  4. hopefully the government will provide a better solution to this predicament that is being face by our serving and well as retired arm forces personnel

    ReplyDelete
  5. The initiative taken by the PERHEBAT is a good approach to lighten the burden of these men

    ReplyDelete
  6. byk jasa bekas2 tentera terhdap negara, jasa mereka harus dihargai, bantulah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya ada bantuan untuk ringankan beban mereka.

      Delete
  7. kalau berhubung dengan bantuan2 yang diberikan oleh kerajaan ni, tidak dinafikan ada juga yang 'rasa lain' untuk memohon. sebab ada yang saya dengar, contoh: bantuan untuk warga emas;walaupun usia sudah mencapai umur yang layak memohon tapi tidak berkeinginan untuk memohon sebab rasa diri masih berkeupayaan untuk bekerja dan tidak mahu bergantung pada bantuan kerajaan.

    ReplyDelete
  8. ada juga yang menyifatkan bantuan2 yang diberikan sebenarnya hanya mendorong sikap malas bekerja dan bantuan2 kerjaan yang semakin banyak hanyalah 'memanjakan' rakyat.

    ReplyDelete
  9. Mengenai duit pencen tidak dibayar itu tidak patut berlaku. Itu hak mereka maka perlulah diberikan.

    ReplyDelete
  10. JHEV mungkin perlu bekerjasama dengan PERHEBAT.. dengan adanya kerjasama kedua2 pihak pasti segala usaha mencapai objektif organisasi tersebut akan lebih mudah dicapai..

    ReplyDelete