Sunday 8 January 2012

AHLI LDP PERLU TANAM SEMANGAT JATI DIRI



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI-AHLI Parti Liberal Demokratik (LDP) di peringkat Cawangan, Bahagian dan Akar Umbi diseru supaya menanamkan semangat jati diri yang kental dalam meningkatkan perjuangan LDP agar mantap, selari semangat dengan parti-parti komponen BN yang lainnya.

Kerjasama dan semangat setia kawan dalam parti yang dianggotai adalah amat penting kerana ia menjurus kepada kewujudan perpaduan dan kestabilan dalam menikmati keharmonian yang kekal.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 21 tahun parti LDP bagi 6 Bahagian, kelmarin.

“Saya mahu ahli-ahli LDP harus bekerja keras dan mengemaskinikan jentera masing-masing kerana pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir dan bila-bila saja akan diadakan dari sekarang,” tegas Liew.

“Kerjasama yang intim dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti UMNO, GERAKAN, MCA, PBS, UPKO, MIC dan PBRS adalah penting kerana parti-parti yang berada di lingkungan kawasan Parlimen Sandakan sudah semestinya turut bekerja keras bagi membantu dan memastikan calon-calon BN yang bertanding di satu-satu kawasan,” ujarnya.

Katanya lagi, hanya BN sahaja yang mampu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sesuai dengan konsep perkongsian kuasa dalam mentadbir pemerintahan negara.

“Saya meminta kepada masyarakat Cina, khususnya ahli-ahli LDP agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang sengaja dilemparkan oleh musuh kita, iaitu parti pembangkang yang cuba menarik perhatian dan sokongan rakyat,” tegas Liew.

Mesyuarat Agung bagi 6 Bahagian parti LDP yang diadakan di Ballroom Hotel Sanbay Sandakan telah dihadiri lebih 2,000 ribu orang dan termasuk rakan-rakan daripada parti-parti komponen lainnya.

10 comments:

  1. Sudah tiba masa untuk menyediakan jentera sebelum PRU-13 menjelang.

    ReplyDelete
  2. Undi calon yang terbaik pada PRU13 ini.

    ReplyDelete
  3. setiap ahli perlu serius dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  4. kuatkan semangat dan tingkatkan usaha untuk berbakti kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. tanggungjawab kepada rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan kepada semua pemimpin.

    ReplyDelete
  6. rakyat perlu bijak menilai parti mana/pemimpin mana yang lebih prihatin dan ada kesungguhan memperjuangkan kepentingan rakyat. jangan termakan hasutan dari pihak luar, perlu ada pendirian.

    ReplyDelete
  7. all the best to LDP!

    ReplyDelete
  8. Setiap masalah dalam parti pasti ada jalan penyelesaian. Jangan biarkan ada salah faham sesama sendiri.

    ReplyDelete
  9. Semangat Jati Diri wajar dipupuk untuk semua ahli parti komponen.

    ReplyDelete
  10. yang penting sekali ialah perlu ada kesepakatan dalam pembahagian kerusi.. jangan pula ada pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati itu melalui media sehingga boleh menjejaskan potensi parti..

    ReplyDelete