Tuesday 24 January 2012

AHLI PARLIMEN SILAM BANTAH GERAN KOMUNAL?

"SAYA mengambil pendirian agar kawasan yang telah dibangunkan oleh Encik Abdul Haman Bin Hj.Mohd Yasin dan 62 peserta yang lain serta lain-lain pembantah dikeluarkan daripada cadangan pengeluaran Geran Komunal dan memansuhkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengunaan Tanah Daerah Kinabatangan (JPTDK) yang lalu," kata Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi dalam suratnya kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Pengarah,

Jabatan Tanah dan Ukur

Bag Berkuncl N0.2044

Kota Kinabalu, SABAH

Salam 1Malaysia,

Y.Bhg.Datuk,

Bantahan Ke Atas Cadangan Pengeluaran Geran Komunal Di kawasan Skim Penempatan Tambisan Darat Seluas 1000 Ekar Yang Sudah Dimajukan Oleh En. Abd Haman @ Sakaran Bin Hj.Mohd Yassin Serta 62 Pemohon Yang Lain.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Surat bantahan yang dikemukakan oleh Encik Abdul Haman Bin Hj.Mohd Yasln dan 62 peserta yang lain kepada YAB.Ketua Menteri Sabah dan saya yang masing-masing bertarikh 27 Julai dan 03 Oktober 2011 adalah dirujuk dan bersama ini di panjangkan surat bantahan dan lain-lain dokumen yang berkailtan dari penama tersebut di atas kepada Y.Bhg.Datuk untuk rujukan dan perhatian.

3. Sehubungan dengan itu, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Kinabatangan (JPTDK) dalam mesyuaratnya yang Ialu pada 24 Feb 2009 telah membatalkan proses permohonan penama tersebut di atas, dengan mengambil keputusan kawasan seluas 1000 ekar dicadangkan untuk pengeluaran Geran Komunal kepada penyenaraian 392 peserta tanpa melibatkan pengetahuan dan pandangan saya terlebih dahulu sebagai Wakil Rakyat Parliman P.188 Silam di mana tiba-tiba sahaja 392 peserta dengan 686 peawaris dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Daerah Kinabatangan untuk ditapis.

4. Pada prinsipnya, cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Kinabatangan (JPTDK) untuk cadangan Geran Komunal memang baik, tetapi atas dasar mengambil tanggungjawab tentang hak dan masalah rakyat. Berasaskan kepada fakta dan justifikasi yang telah dikemukakan oleh Encik Abdul Haman Bin Hj.Mohd Yasin dan 62 peserta yang lain melalui surat yang tersebut di atas kepada saya mengenai bantahan yang dibuat oleh penama haruslah diberi perhatian dan pertimbangan untuk diteliti dan dihalusi semula, dengan mengambil kira komitmen yang telah dibuat oleh Encik Abdul Haman Bin Hj.Mohd Yasin dan 62 peserta yang lain untuk membangunkan kawasan yang dimaksudkan sejak 2004 Iagi, perlu dilihat sebagai menyahut dasar kerajaan agar semua lapisan rakyat berdaya saing dalam semua aspek pembangunan, perusahan terutamanya dalam bidang pertanian yang dijangka memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya melalui hasil pertanian tanaman kelapa sawit.

5. Di samping itu, selaras dengan dasar murni YAB.Perdana Mentari sejak menerajui Kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil iktibar untuk memikat hati rakyat Malaysia melalui wadah keramatnya 'Rakyat Di Dahulukan, Pencapian Diutamakan' di mana apa jua keputusan yang diambil yang melibatkan hak rakyat, seharusnya mengambil kira semua aspek dari semua sudut, terutamanya hak iindividu rakyat majmuk di bawah Konsep 1Malaysia supaya terjamln sepanjang masa selaras dengan matlamat. Hasrat kerajaan Barisan Nasional di dalam menjaga kebajikan rakyat haruslah bersifat adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, lebih-lebih lagi dalam susana pilihan raya ke 13 yang semakin hampir, strategi untuk menambat dan memikat hati rakyat harus diperkemaskan di bawah kepimpinan YAB.Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

6. Seperkara, jika dirujuk daripada aspek perundangan penama dan 62 peserta yang lain mempunyai asas untuk membawa perkara tersebut diselesaikan melalui proses perundangan, justeru itu untuk mengelak perkara sedemikian berlaku dan sebagai penyelesaian awal kepada perkara berbangkit ini, saya mengambil pendirian agar kawasan yang telah dibangunkan oleh Encik Abdul Haman Bin Hj.Mohd Yasin dan 62 peserta yang lain serta lain-lain pembantah dikeluarkan daripada cadangan pengeluaran Geran Komunal dan memansuhkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengunaan Tanah Daerah Kinabatangan (JPTDK) yang lalu, dengan meminta Juru Ukur Daerah Kinabatangan turun ke lapangan memastikan kawasan-kawasan tanah yang telah dibangunkan oleh mana-mana lndividu pemohon di kawasan berkenaan supaya membuat pengukuran persempadanan terhadap tanah yang sudah dibangunkan oleh mana-mana pemohon sebelum ini dan memperakukan proses permohonan mana-mana penama seperti biasa dan seterusnya membawa perkara ini ke mesyuarat Jawatankuasa Pengunaan Tanah Daerah Kinabatangan (JPTDK) akan datang untuk penyelarasan pemansuhan kepada keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIANDIUTAMAKAN"

(YB.DR HAJI SALLEH KALBI) ·

Ahli Dewan Rakyat P188 Silam

No comments:

Post a Comment