Wednesday 11 January 2012

AMERIKA SAMBUT BAIK PEMBEBASAN ANWAR



AMERIKA Syarikat mengalu-alukan keputusan Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Menurut AFP yang memetik kenyataan media jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland keputusan itu adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan.

"Kami alu-alukan kes yang telah kami perhatikan sekian lama ini akhirnya ditutup. Keputusan mencerminkan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memfokuskan kepada masa depan," kata Nuland.

Keputusan di luar jangkaan semalam mengakhiri perbicaraan dua tahun di mana bekas timbalan perdana menteri itu didakwa meliwat seorang pembantu peribadinya. Sebelum ini, Anwar yang dipecat pada tahun 1998 pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Bercakap kepada AFP, Anwar berkata beliau kini mampu memberi tumpuan untuk menguasai Putrajaya sejak disingkirkan dari Umno pada tahun 1998.

Liwat adalah haram di Malaysia yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam dan boleh dihukum penjara sehingga sehingga 20 tahun.

Semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada November 2010, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton membincangkan kes Anwar dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman yang berjanji bahawa ketua pembangkang itu akan mendapat perbicaraan yang adil.

10 comments:

  1. The court made the right decision for this case, hope that everyone will be satisfied with the courts judgement.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kes Anwar ini mendapat perhatian bukan dalam negara, malah di luar negara.

    ReplyDelete
  3. Anwar dan Amerika mmg geng, pasti kes dia akan mendapt perhatian.

    ReplyDelete
  4. Kisah Anwar mendapat liputan meluas,lepas ni apa lagi bakal berlaku. Mungkin Anwar sudah mulai menyusun stretegik untuk PRU13.

    ReplyDelete
  5. Kes Anwar ni Amerika pun berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka negara luar pun berminat juga dengan kes ini. Anwar dah menjadi terkenal di tahap antarabangsa.

      Delete
  6. nampaknya Amerika gembira Anwar dibebaskan.

    ReplyDelete
  7. Itu yang kita mahu. Pasti pujian akan diberikan kepada kehakiman Negara yang adil dan saksama kepada semua.

    ReplyDelete
  8. akhirnya AS mengakui kebebasan badan kehakiman di Malaysia, pemimpin2 Pakatan bila lagi??

    ReplyDelete
  9. sebelum meraikan pembebasan ketua umum Pakatan, baik pemimpin2 Pakatan tampil membersihkan imej badan kehakiman negara dahulu..

    ReplyDelete