Friday 13 January 2012

ANAK JATI Vs BEKAS PENJAJAH



HEBAT.....Pasukan BYPL dan anak-anak buah Scott semasa perlawanan persahabatan di Kota Kinabalu tahun lalu. Gambar sisipan,Jusedan Nilla.

Oleh : KENINGAU PRESS

BUAT julung kalinya, perlawanan persahabatan melibatkan pasukan tempatan dari pedalaman dan sekumpulan ‘Mat Salleh’ akan berentap di hujung minggu ini dalam perlawanan persabahatan yang dijalankan secara harmoni dan muhibbah sebagai pembuka tirai kepada pusingan kedua kejohanan Borneo Youth Premier Leauge (BYPL) yang dianjurkan di daerah Keningau, tahun lepas.

Pengurus Kejohanan BYPL, Juse Loibin berkata, perlawanan persahabatan secara 'full team' itu adalah untuk menguji stamina para pemain yang mewakili BYPL yang memasang cita-cita menghantar 2 pasukan ke Borneo Cup pertengahan tahun ini.

Pasukan pertama telah dikenal pasti melalui pertandingan pada Piala BYPL pusingan pertama tahun lalu.

Penganjuran itu dijayakan bersama Pertubuhan Belia Dinamik Pedalaman (PBDP).

Juse berkata, perlawanan persahabatan itu akan diadakan di Padang Kampung Tohan Baru, Mukim Merampong, bermula jam 10.00 pagi sabtu ini.

“Kami di BYPL dan PBDP berbesar hati untuk mengadakannya di padang kompleks sukan, namun ia telah ditempah lebih awal,” kata Juse.

Bagaimanapun kata Juse, yang juga merupakan Presiden PBDP, acara tersebut adalah perlawanan suka-suka namun ia boleh juga dianggap sebagai satu perlawanan serius kerana ianya melibatkan bangsa asing iaitu ‘orang putih’ yang bekerja di Sabah, yang dikenali mempunyai kekuatan tersendiri.

Beliau berkata, BYPL dan PBDP berterima kasih kepada usaha Penasihat mereka, Nillakrishna James yang begitu bersungguh-sungguh merealisasikan program itu sejak dari pusingan pertama tahun lalu.

“Beliau (Nilla) begitu serius memastikan para belia khususnya usaha untuk membawa dua pasukan dari pedalaman untuk menyertai Piala Borneo pertengahan tahun ini, kami menyahut cabaran ini ,” ujar Juse.

Katanya, kepada peminat bola sepak di kawasan pedalaman yang berkesempatan adalah dijemput hadir ke perlawanan persahabatan itu. Tidak ada bayaran dikenakan Cuma sokongan untuk pasukan tuan rumah dan tetamu sangat dialu-alukan.

Sementara itu, acara muhibbah akan dilakukan di sebuah gerai di Kampung Pengansangan bagi mengalu-alukan tetamu iaitu Pasukan Scott Oleranshaw.

14 comments:

  1. Semoga pemain pasukan Sabah akan berusaha dalam pertandingan ini.

    ReplyDelete
  2. Pertandingan antara anak jati dan bekas penjajah mesti menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain dari yang lain kan? Pendekatan ini kreatif dan boleh tarik lebih banyak perhatian.

      Delete
  3. pasukan tempatan dapatlah menilai sejauhmana kekuatan mereka jika bertanding dengan orang asing. semoga ini suatu persediaan yang terbaik bagi meraih kejayaan.

    ReplyDelete
  4. lama benar tidak mendengar berita tentang Scott Oleranshaw yang suatu ketika dulu bersama2 berjuang dalam pasukan bola sepak Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scott Oleranshaw tua dah sekarang, tapi dia mmg seorang yang hebat.

      Delete
    2. Pasukan Sabah memang hebat pada zaman kegemilangan Scott Oleranshaw, Matlan Marjan, Khairul Azman etc..kalaulah pasukan Sabahawks sehebat macam Sabah Rhino, tentu banyak yang datang tengok perlawanan bola di stadium Likas. Hehe.

      Delete
  5. semoga pasukan kita dpt memberi tentangan yang hebat.

    ReplyDelete
  6. usaha yang baik dengan mengadakan perlawan persahabatan seperti ini.

    ReplyDelete
  7. program seperti ini wajar diteruskan lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Program2 yang menunjukkan perpaduan dan mempunyai imej sosial yang positif harus sentiasa dianjurkan.

    ReplyDelete
  9. Bagus. Bersukan adalah salah satu kaedah yang menyihatkan tubuh badan.

    ReplyDelete
  10. teruskan membuat pertandingan untuk mengeratkan hubungan masyarakat. Majulah sukan untuk negara.

    ReplyDelete
  11. syabas kepada Nillakrishna James..

    ReplyDelete