Wednesday 18 January 2012

ANAK PEMIMPIN UMNO CEDERA DIROMPAK



ANAK perempuan Timbalan Ketua Umno bahagian Sandakan cedera setelah butik miliknya yang terletak di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu, dirompak Selasa.

Ketua Polis Bandar Raya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata Norezai Awang Sham, 36, anak perempuan Datuk Awang Sham Amit, bergelut dengan dua lelaki bersenjatakan parang dalam insiden pada 12.30 tengah hari itu dan mengalami kecederaan pada kedua-dua lengan serta tangannya.

Beliau berkata mangsa berada bersama salah seorang pekerjanya apabila dua lelaki terbabit memasuki kedai berkenaan.

"Dia kehilangan beg tangan yang mengandungi wang tunai RM2,500, sebuah telefon bimbit dan dokumen peribadi selain barang kemas," katanya.

Ahmad Sofi berkata kedai Norezai turut dirompak dan kunci keretanya dirampas sebelum dia serta pekerjanya dikunci dalam kedai itu.

Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi milik mangsa, manakala mangsa pula terpaksa memecahkan pintu kaca kedai untuk melarikan diri dan mendapatkan pertolongan.

Ahmad Sofi berkata Norezai dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan dan keadaannya kini stabil.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Yang penting orang selamat, harap pihak polis boleh menjejak perompak dalam kes ini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Amat diharapkan masalah jenayah di Sabah boleh dikurangkan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  3. hopefully the police will take a firm and swift action to apprehend the perpetrators involved in this crime.

    ReplyDelete
  4. jenayah kini makin mejadi, syukurlah dia selamat walaupun cedera.

    ReplyDelete
  5. Mudah2an perompak tu dapat ditankap dan menerima hukuman setimpal.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tiada apa2. Harap polis dapat tangkap penjenayah tu.

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan perompak tersebut ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan

    ReplyDelete
  8. ini mesti kerja PATI lagi..

    ReplyDelete
  9. mungkin perompak ni sudah lama memerhatikan mangsa. sampai masa sesuai barulah mereka bertindak.

    ReplyDelete
  10. Jangan biarkan suspek itu terlepas.

    ReplyDelete
  11. KF is no longer a safe place. Police need to do more frequent patrols.

    ReplyDelete
  12. syukur la tidak berlaku kehilangan nyawa ketika rompakan berlaku.. barang yang hilang boleh diganti, tapi nyawa yang hilang tiada pengganti..

    ReplyDelete