Monday 16 January 2012

ANCAM LETUPKAN PM, PENUNTUT USM DITAHAN

SEORANG penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin ditahan kerana didakwa membuat ancaman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak dengan bahan letupan, lapor akhbar tempatan.

Menurut Star Online, satu laporan polis dibuat terhadap ancaman itu itu di balai polis Jelutong, yang ditampilkan dalam sebuah blog menunjukkan paparan Facebook penuntut berkenaan.

Dalam satu mesej yang ditulis, penuntut itu dikatakan menulis rancangan meletakkan bahan letupan di dalam helikopter yang akan membawa perdana menteri dalams satu lawatan rasmi di universiti itu minggu depan.

Akhbar harian itu berkata penuntut itu mengatakan “najib akan datang ke kampus kita...mari letupkan helikoppternya...”

Berita penahanan penuntut itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, menambah mklumat lanjut akan diberitahu esok, kata Bernama Online.

Star Online memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, ACP Gan Kong Meng berkata penuntut berusia 24 tahun itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk soal siasat kira-kira 1.30 petang.

“Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Jenayah kerana ugutan jenayah. Dia terlebih dahulu ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.

“Kes ini akan disiasat. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan,” kata Gan.

11 comments:

  1. A malay proverb comes to mind: "gara-gara mulut badan binasa".

    Be responsible to what you write or post online

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is true, Dorian G. Hope that this student will be given a second chance, I'm sure he has learnt his lesson.

      Delete
  2. The police should make the necessary investigation as it is their job to ensure there are no terrorism associated to this post. Hope that the student will be released soon.

    ReplyDelete
  3. baru belajar dah pandai nak ugut2 PM, bgs tamatkan dulu pelajaran tu.. pelajar U tapi fikiran tahap budak sekolah.

    ReplyDelete
  4. Lain kali kena la hati2. Jangan main lepas saja.

    ReplyDelete
  5. Ni adalah ancaman kepada Najib, sudah tentu la dia kena tangkap kena soal siasat.

    ReplyDelete
  6. kalau bergurau pun agak2lah..harap pelajar ini dapat pengajaran. next time jangan buat lagi.

    ReplyDelete
  7. Isu ini rasanya tidak sesuai menjadi gurau untuk kita kepada PM.

    ReplyDelete
  8. He will remember this mistake for the rest of his life.

    ReplyDelete
  9. berani buat berani la tanggung.. dikatakan tidak ada otak, tapi belajar sampai U juga..

    ReplyDelete
  10. entah apa akan jadi kepada pelajar2 ini jika kerajaan membenarkan mereka aktif berpolitik.. mungkin lagi kritikal ancaman yang dibuat..

    ReplyDelete