Wednesday 18 January 2012

ANWAR MAHU SAMAN UM RM50 JUTA



Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA (TMI)

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar-Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar sisipan), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar Ulas Isu Gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

13 comments:

  1. Bukan satu dua kali Utusan Malaysia menyiarkan penulis melampau, mereka patut diberikan amaran.

    ReplyDelete
  2. Jika Anwar mahu menyaman Utusan Malaysia, ini juga boleh memberikan satu pengajaran kepada UM untuk lebih berhati-hati selepas ini.

    ReplyDelete
  3. Regardless if your a mainstream or alternative media, you should always practice the canons of journalism.


    http://www.eyeonethics.org/journalist-code-of-ethics-in-asia/canons-of-journalism-malaysia/

    ReplyDelete
  4. kita tgklah bagaimana kes ini dibicarakan nnti.

    ReplyDelete
  5. saman saja Utusan Malaysia sebab buat penulisan tanpa fakta dan bukti kukuh.

    ReplyDelete
  6. susah juga UTUSAN MALAYSIA. Mengadaikan kod etik kewartawaan untuk kepentingan politik . SAMAN SAJA. KAlAU BOLEH KASI GULUNG TIKAR.

    ReplyDelete
  7. Padan muka kena saman. Tapi kenyataan Anwar pun mengelirukan juga. Dua2 padan muka.

    ReplyDelete
  8. RM50 juta? banyak tu. Boleh guna untuk berkampen.

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu saja beranikah Anwar saman UM.

    ReplyDelete
  10. Anwar mahu guna untuk PRU 13 akan datang duit Saman itu. Itulah pasal dia mahu buat Saman dengan UM.

    ReplyDelete
  11. Sometimes Utusan crosses the line which is not good and it brings provocation.

    ReplyDelete
  12. jika fitnah Utusan dia boleh saman ganti rugi, kenapa fitnah Saiful tidak tidak saman?? dia tidak rasa rugi ka bertahun lamanya menghadiri kes perbicaraan dan dalam masa yang sama nama baik beliau turut terjejas teruk??

    ReplyDelete
  13. Anwar juga tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mengelirukan.. apa pula maksud beliau 'agar undang2 lapuk dikaji semula'?? adakah terdapat undang2 di negara ini yang menghahalkan homoseksual??

    ReplyDelete