Sunday 8 January 2012

ANWAR SEDIA DIPENJARA SEKALI LAGI



Oleh : AIDILA RAZAK & SALHAN K AHMAD

KETUA umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok.

Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Ada orang yang menganggap beliau "gila" kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun.

Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak ingin menjadi hero dengan bersedia untuk dipenjarakan, seperti pendapat sesetengah orang.

Melihat kepada perjalanan perbicaraan kes berkenaan kali ini, Anwar bagaimanapun tetap menaruh harapan supaya keputusan memihak kepadanya.

Ditanya sama ada rakyat masih percaya bahawa tuduhan ke atasnya merupakan satu rekaan, Anwar berkata beliau menerima sokongan yang baik sejak 2008 lagi.

10 comments:

  1. Anwar sudahlah dibebaskan daripada tuduhan si Saiful, sekarang beres hal ini.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya DSAI dibebaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anwar dah bebas, tpi saiful nak bawa ke mahkamah rayuan.

      Delete
  3. syabas sebab sudah keluar dari pertuduhan. lepas ni Anwar perlu membersihkan imej disebabkan aib yang diterimanya selama beberapa tahun ini.

    ReplyDelete
  4. kelihatan di pihak Saiful masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tinggi. masih mahu meminta membuka fail rayuan.

    ReplyDelete
  5. Semua itu terpulang dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah sendiri untuk mendakwa Anwar bersalah atau tidak dalam kes ini. Bukti yang ada itulah yang menentukan semua itu.

    ReplyDelete
  6. jika Anwar sedia dipenjarakan, kenapa beliau mengarahkan supaya penyokong2nya turun berdemo untuk membebaskan beliau??

    ReplyDelete
  7. Anwar patut bersyukur setelah mahkamah memihak kepada beliau.. sekurang2nya beliau tampil membersihkan imej mahkamah yang terbukti adil dalam mengendalikan kes beliau..

    ReplyDelete