Monday 16 January 2012

APA KESAN ROADSHOW HASAN ALI KEPADA PAS?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya ‘ikrar’ Hasan Ali untuk mengadakan ‘road tour’ seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia ‘golongan parasit’ dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya ‘melindungi Islam’ di Selangor.

Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.

Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala ’keburukan’ dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.

Malah penulis juga dimaklumkan bahawa Hasan Ali akan turut menjaja isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh tidak sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat di Malaysia, walaupun Anwar telah diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk menghadapi ‘tindak balas’ oleh Hasan Ali ini?

Penulis kurang bimbang dengan soal pentabiran dalam kerajaan Negeri Selangor kerana walaupun telah dipecat, Hasan Ali masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi maklumat-maklumat sensitif. Yang penulis bimbangkan ialah kesannya kepada politik PAS.

Penulis yakin, setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak lebih 12 tahun dahulu, disamping pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti, Hasan Ali sudah tentu terdedah dengan pelbagai maklumat dalaman yang boleh diputar belitkan.

Tambahan lagi bila masih ada segelintir ahli PAS yang keliru dengan perubahan dasar parti tersebut apabila memilih untuk menganggotai Pakatan Rakyat, terutama kerjasamanya dengan DAP yang menyaksikan dasar negara Islam digugurkan untuk diganti dengan Negara Berkebajikan.

Diperingkat pentadbiran kerajaan negeri, penulis yakin, Hasan Ali akan menggunakan sepenuhnya isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama sebagai alasan kenapa dia disingkirkan dari PAS dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali akan menjadikan ketegasanya di dalam isu tersebut untuk menggambarkan dirinya sebagai hero kepada umat Islam dan orang teraniaya dalam masa yang sama. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk masa depan politik PAS.

Penulis harap PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk mematahkan segala hujah Hasan Ali nanti. Jika perlu memohon injuksi Mahkamah untuk menghalang Hasan Ali dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan yang boleh merosakkan PAS.

Tindakan sama juga perlu diambil kepada kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat bersengkongkol dengan Hasan Ali seperti Nasharudin Mat Isa. Jika tidak dibendung dari awal, ‘barah’ yang baru saja diubati ini akan melebar menjadi barah baru pula.

11 comments:

  1. Apa yang Hasan Ali boleh dedahkan jika PAS tidak pernah melakukan salah, buat apa takut?

    ReplyDelete
  2. A crisis of split supporters and fractions that can effect PAS chances cum GE-13

    ReplyDelete
  3. If PAS is not guilty, there is no reason to fear what a few rumors are said about them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin iaya hanya akan membawa kepada perpecahan dalam parti.

      Delete
  4. Hassan Ali kini nak dedahkan kelemahan PAS kepada umum.

    ReplyDelete
  5. Hassan Ali menunjukkan kepincangan PAS yang selama ni tertutup rapi.

    ReplyDelete
  6. rasanya salah Hassan Ali sendiri sampai beliau dipecat dari PAS.

    ReplyDelete
  7. Jika Hasan Ali ada bukti yang kukuh rasanya sudah sampai masanya Hasan Ali mendedahkannya.

    ReplyDelete
  8. Don't think Hassan Ali is a trustworthy person.

    ReplyDelete
  9. bagus juga Hassan Ali dedahkan apa saja kelemahan atau keburukan yang wujud dalam PAS.. memandangkan Hassan Ali sudah tidak bersama2 dengan PAS, beliau mempunyai kebebasan untuk memperkatakan apa sahaja tentang PAS..

    ReplyDelete
  10. sebenarnya pemecatan Hassan Ali oleh presiden PAS adalah juga salah satu keburukan PAS, iaitu tidak mengamalkan kebebasan bersuara dikalangan ahli2nya sedangkan mereka bersungguh2 mendesak kerajaan untuk mengamalkan kebebasan bersuara..

    ReplyDelete