Wednesday 11 January 2012

ASIARASA, DARI TENOM KE KOTA KINABALU

LAYAN....Jamawi (tengah) melayani Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan rombongan yang turut menjemu selera di Restoran Asiarasa Ikan Bakar baru-baru ini.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

DI ARENA..Politik tanah air, nama anak muda ini, Jamawi Jaafar, berketurunan Murut berusia 38 tahun ini sudah tidak asing lagi.

Kedudukannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, ditambah dengan keaktifan serta kekerapan program yang dipandunya bersama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom termasuk di peringkat kebangsaan; meletakkan nama beliau sebagai pemimpin pemuda yang aktif mendekati golongan muda.

Walaupun telah mencipta nama dalam kerjaya politiknya namun tanpa diketahui umum, Jamawi juga merupakan seorang usahawan yang berjaya, khususnya dalam bidang perniagaan berasaskan restoran dan juga perfileman.

Setakat ini memiliki lima buah restoran yang dimulakan dengan nama Asiarasa iaitu Nasi Ayam Asiarasa (yang pertama), Asia Rasa Bed & Breakfast, Restoran Asiarasa 3 dan kini telah melebarkan sayap perniagaan restorannya ke Kota Kinablu iaitu Asia Rasa Ikan Bakar terletak No.8, Blok A, Tingkat Bawah, 88 Marketplace, Jalan Lintas, Kota Kinabalu dan Asia Rasa Citarasa Kampung terletak di Blok D, Tingkat Bawah, Lot 3, Karamunsing Capital.

Dalam bidang perfileman pula, Jamawi bersama rakan kongsinya seorang pengarah terkenal TS Jeffry yang bernaung di bawah Syarikat Pentas Wayang Production juga turut menceburi bidang ini sejak beberapa tahun lepas dan antara filem terkini iaitu sitcom bersiri ‘Kopi O’ yang ketika ini sedang ditayangkan di TV2 dan akan menyusul pula Pengembaraan Rancangan ‘Games Show’ (Siok Bah) yang berkonsepkan permainan rakyat di Sabah kerana semua penggambarannya akan dilakukan di beberapa buah kawasan menarik di Sabah.

Menceritakan bagaimana beliau terlibat dalam bidang perniagaan ini, Jamawi mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya di mana menurut beliau mereka dilahirkan dari keluarga yang susah; malah semasa zaman beliau bersekolah rendah, Jamawi bersama adiknya mula berniaga dengan menjual kuih dan juga mi goreng yang dibuat oleh ibunya di sekolah bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Saya dilahirkan dari keluarga yang susah. Bagi menampung perbelanjaan menyara keluarga ibu saya mendidik saya berusaha sejak kecil iaitu semasa di bangku sekolah rendah bersama adik saya menjual kuih dan mi goreng di sekolah, yang telah menjadi asas saya mengenali dan meminati bidang perniagaan,” jelas Jamawi ketika ditemui di sini dan mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya.

Menurut Jamawi yang juga Pengarah Urusan Asiarasa, bermula dari detik tersebutlah minatnya dalam bidang perniagaan semakin mendalam dan akhirnya pada tahun 2001 mengambil keputusan untuk berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan memulakan bidang perniagaan Restoran pertamanya yang dikenali sebagai Nasi Ayam Asiarasa terletak di New Township Tenom sehingga kini.

“Saya mengambil langkah berani dengan membuat pinjaman dari Institusi kewangan sebanyak RM20,000 bagi memulakan perniagaan restoran ini walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan; namun semuanya ditempuhi dengan ketabahan dan keyakinan. Akhirnya Asiarasa dapat bertahan sehingga kini dan turut melebarkan sayap perniagaan kami di luar daerah Tenom iaitu di Kota Kinabalu,” katanya.

Bermotokan “Kami Berbeza” restoran Asiarasa turut mempelbagai juadah hidangannya yang berbeza-beza antara sebuah restoran dengan restoran yang lain dan ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk memilih citarasa mereka sendiri untuk menikmati makanan yang disediakan .

Sebagai contoh di Asiarasa Ikan Bakar yang lebih berkonsepkan makanan segar laut terutamanya ikan bakar dari pelbagai jenis ikan yang dipilih oleh pelanggan sendiri dan di pelbagai dengan hidangan sampingan lain seperti sayur-sayuran, buah-buhan, minuman jus dan lain lain.

Di Asiarasa Café yang terletak di Karamunsing Capital pula, lebih berkonsepkan masakan citarasa kampung yang menjanjikan pelbagai hidangan ala kampung untuk pilihan pelanggannya.

Menurut Jamawi, penguruan perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh keluarga serta adik beradik beliau, bagaimanapun beliau mengakui kesibukan beliau dalam bidang politik tidak menghalang beliau turut memberikan perhatian terhadap perjalanan perniagaan restoran yang beliau usahakan dengan setiap bulan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan restoran dan juga pekerjanya.

“Perjumpaan Ini penting bagi mempastikan pengurusan serta perjalanan perniagaan dapat dijalankan sebaik mungkin dan sebarang masalah akan diatasi segara bagi memenuhi cita rasa pelanggan dimana perkhidmatan terbaik adalah keutamaan kami,” katanya

Menceritakan bagaimana Asiarasa boleh bertahan dan maju setepak demi setapak Pengurus Operasinya, Jasmin Jaafar berkata, Asiarasa merupakan perniagaan keluarga di mana keseluruhan anggota keluarga menumpukan komitmen serta kerjasama sepenuhnya bagi mempastikan Asiarasa mampu bersaing dalam bidang perniagaan .

“Kita mengamalkan budaya berkerja berpasukan di samping mengutamakan aspek kualiti perkhidmatan dan kualiti makanan yang kita sajikan untuk orang ramai di samping layanan dan kebersihan,“ katanya yang turut mengakui dua buah cawangan Asiarasa yang bertapak di Kota Kinabalu ketika ini turut menerima kunjungan bagi warga kota menjemu selera.

Bagi mereka yang meminati masakan yang beasaskan masakan dari Laut seperti ikan, udang sotong dan karang yang segar mereka boleh datang menjemu selera di Asia Rasa Ikan Bakar yang terletak di No.8, Blok A, Tingkat Bawah, 88, Marketplace Lorong Pusat Komersil 88/2 Jalan Pintas Kota Kinabalu telefon 088-268588 atau yang berminat untuk menikmati juadah yang berkonsepkan masakan ala kampung mereka boleh mencubanya di Asiarasa Café yang terletak di Block D, Tingkat Bawah, Lot 3, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu dengan menghubungi Telefon 088-488980.

12 comments:

  1. This is the first time I've ever heard of this restaurant, it might be good to give it a try some day.

    ReplyDelete
  2. If weren't for this article, I would never know that Jamawi was involved in the restaurant business as well as in politics.

    ReplyDelete
  3. nampaknya selain politik beliau adalah seorang yang bijak dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  4. Pemilihan nama kedai yang kreatif boleh membantu menarik pengunjung datang.

    ReplyDelete
  5. memang bagus jika boleh berjaya dalam politik dan perniagaan. semoga beliau terus berusaha.

    ReplyDelete
  6. Jamawi memang sangat berjaya dan salah seorang pemimpin yang perlu dicontohi.

    ReplyDelete
  7. memang benar mentaliti 'makan gaji' harus disingkirkan. menjalankan perniagaan seperti yang telah dilaksanakan oleh Jamawi salah satu contoh baik.

    ReplyDelete
  8. semangat yang kuat pasti akan berjaya 1 hari nanti.

    ReplyDelete
  9. Muda-mudi yang ingin menceburkan diri ke bidang perniagaan harus siap menghadapi segala cabaran.

    ReplyDelete
  10. Itu sudah semestinya. Jamawi tidak asing lagi di Tenom kerana keaktifan yang beliau lakukan untuk kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  11. sebagai exco pergerakan pemuda UMNO, mungkin Jamawi boleh berkongsi pengalaman beliau kepada belia2 di negeri ini setiap kali beliau bertemu dengan kelompok ini..

    ReplyDelete
  12. awesome....politic + restaurant bussiness = money making- makan gaji..

    ReplyDelete