Thursday 12 January 2012

AZIZAH PRIHATIN KEBAJIKAN RAKYAT.




Oleh : ABU BAKAR ESAH

WALAUPUN sibuk dengan tugas-tugas sebagai Menteri, Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Naib Ketua Wanita Umno Sabah dan tanggungjawab kepada beberapa pertubuhan yang dipengerusikannya, namun Datuk Azizah Mohd Dun yang menyandang jawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwa Pengguna Sabah tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan yang diwakilinya, Klias.

Baru-baru ini, Azizah satu-satunya menteri wanita di negeri ini turun padang bertemu rakyat dalam program Lawatan Amal dan Bantuan Sara Hidup bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Beaufort dan Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Beaufort.

Dalam program itu, Azizah bersama rombongan telah melawat dan memberi bantuan kewangan dan makanan harian kepada 15 penduduk terdiri daripada warga emas dan pesakit terlantar di Kampung Klias Baru, Melulugus, Kebulu dan Kampung Jempangah Beaufort.

Di Kampung Klias baru, seramai lima warga emas telah menerima lawatan Azizah iaitu Rupinah Garantis, Eching Siong, Kidoyon Gandilo, Shak Nyuk Piaw dan Ewan Bin Amit.

Sementara itu Sintai Pungut, Lim Ah Tin, Maria Bulangut, Appolonia Maxwell dan Victoriner Bosester telah dizairahi di Kampung Melulugus, Beaufort.

Di Kg Kebulu pula, Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort itu menemui seorang pesakit terlantar iaitu Saidal Lustam @ Lutam dan seorang ibu tunggal, Roseyatimah Terisin.

Di Kg Jempangah pula, dua pesakit Anastasia @ Julita Jaini dan Regina @ Dumpolon Kombogil serta seorang warga emas Gamsipin Giwar turut berbesar hati kerana menerima lawatan pemimpin yang berjiwa rakyat.

10 comments:

  1. PKR should remember not to neglect their own states while attempting to win the Sabahan voters over.

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha untuk mendekati rakyat dan membantu rakyat.

    ReplyDelete
  3. kebajikan dan keperluan rakyat perlulah sentiasa menjadi keutamaan untuk dilaksanakan oleh pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Memang satu kewajipan untuk wakil rakyat turun padang dan mendekati rakyat selalu.

    ReplyDelete
  5. tanggungjwap pemimpin sememangnya adalah membantu rakyat.

    ReplyDelete
  6. Teruskan usaha mendekati rakyat. Jangan biarkan rakyat terus dibiarkan tanpa ada pembelaan.

    ReplyDelete
  7. Jangan hanya kerana sebab tertentu baru datang dan turun padang. Tapi sebaiknya buat peracangan yang perlu disusun untuk terus mendekati penduduk.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin perlulah sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat, terutamanya untuk mereka yang lebih malang.

    ReplyDelete
  9. syabas kepada Azizah.. inilah contoh pemimpin yang diperlukan rakyat.. rajin2 la mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat dan jangan lupa menghulurkan bantuan kepada golongan yang benar2 memerlukan..

    ReplyDelete
  10. pemimpin2 dari parti lain yang bercadang mahu turun padang tu, jangan sekadar berkempen politik, kalau mampu selesaikan masalah rakyat atau sekurang2 menghulurkan bantuan, lakukukanlah dengan ikhlas..

    ReplyDelete