Sunday 8 January 2012

BANJIR DI SABAH TIDAK SETERUK KELANTAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

KITA sedia maklum bahawa kawasan Gum-Gum sering dan mudah dilanda banjir dan baru-baru ini, pada tanggal 24 hingga 27 Disember lalu, berlaku lagi banjir yang telah menenggelami beberapa buah rumah.

Ekoran daripada itu, penduduk telahpun diarah untuk berpindah oleh pihak berkuasa dan satu pusat pemindahan iaitu di Dewan Serbaguna Gum-Gum dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir terbabit.

“Seramai 351 penduduk daripada 101 keluarga telah menjadi mangsa kepada kejadian banjir tersebut dan syukur Alhamdulillah banjir berkenaan tiada membawa kejadian yang tidak diingini kepada penduduk-penduduk di kampung Gum-Gum,” demikian antara lain ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Dato’ Khazali Ahmad, pada majlis Penyampaian Bantuan Ehsan Mangsa Banjir Kampung Gum-Gum Sandakan, kelmarin.

Kata Khazali, kejadian banjir yang berlaku pada kali ini iaitu sejak November 2011 adalah ekoran daripada tiupan angin Monsun Timur yang berlaku di hampir kebanyakan tempat di Malaysia.

“Banyak kawasan telahpun mengalami banjir seperti di Kedah, Kelantan, Terangganu, Kelantan, Johor, Sarawak dan di Sabah juga tidak terkecuali apabila kawasan Gum-Gum ini telah turut dilanda banjir tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Khazali, banjir yang melanda kawasan Gum-Gum yang berlaku baru-baru ini tidaklah sehebat atau seteruk seperti banjir yang melanda Kelantan dan Trengganu pada kali ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Hj Zakaria Hj Edris antara lain berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir dan tidak berlengah-lengah lantas memberikan bantuan yang di sampaikan oleh melalui agensi-agensi kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terbabit.

“Saya berharap bantuan yang diterima oleh mangsa-mangsa banjir berkenaan ini akan dapat meringankan bebanan kewangan kepada mangsa-mangsa terbabit. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja dengan baik dalam menguruskan bencana alam ini; terutama sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), PDRM, Bomba, Rela, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi lain,“ ujarnya.

11 comments:

  1. Tiada keperluan membuat perbandingan macam ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Walaupun tidak seteruk seperti di negeri lain tapi kena sentiasa ada persediaan.

    ReplyDelete
  3. walaupun begitu, kena ada tindakan jg untuk menghadapi banjir.

    ReplyDelete
  4. baguslah jika keadaan banjir di Sabah tidak teruk dan semuanya terkawal.

    ReplyDelete
  5. pemantauan perlulah sentiasa dibuat untuk mengetahui keadaan cuaca dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  6. kesianlah mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir seperti di kinabatangan dan Kota Marudu.

    ReplyDelete
  7. kawasan2 rendah memang sukar untuk mengelakkan banjir. cuma berharap para penduduknya sentiasa berwaspada dan berhati2 sekiranya banjir berlaku.

    ReplyDelete
  8. Apa pun cari jalan penyelesaian memastikan banjir dapat dikawal sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kebanjiran. Terutamanya kawasan rendah.

    ReplyDelete
  10. walaupun tidak seteruk kelantan, namun istilah banjir itu cukup untuk menggambarkan situasi sukar yang terpaksa dihadapi oleh penduduk dikawasan yang dilanda..

    ReplyDelete
  11. apa2pun syabas kepada pihak kerajaan kerana sentiasa bersedia dalam menghulurkan bantuan sebaik bencana berlaku..

    ReplyDelete