Sunday 8 January 2012

BEKAS ADUN, PENULIS BLOG UMNO SERTAI DAP



Oleh : NIGEL AW (MKINI)

DUA penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

Mohd Ariff pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dengan nama pena ‘Sakmongkol46’ dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal.

8 comments:

  1. Tidak tahu berapa ahli PR akan mengikuti BN nanti.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah perkara biasa bila mahu masuk sesebuah parti.

    ReplyDelete
  3. biarlah, itu hak mereka untuk sertai mana2 parti.

    ReplyDelete
  4. mereka pasti mempunyai alasan sendiri kenapa keluar UMNO dan menyertai DAP. keluar dan masuk parti memang suatu perkara yang biasa dalam politik.

    ReplyDelete
  5. adakah dua orang yang menyertai DAP ini sudah cukup membuktikan DAP merupakan multi-racial party?

    ReplyDelete
  6. tidak ada halangan untuk menyertai mana-mana parti yang ada. Tapi ini cuma akan menjejaskan nama baik sebagai ahli katak. yang hanya tahu lompat parti sana sini.

    ReplyDelete
  7. jika ahli pembangkang keluar dan menyertai BN, pasti timbul spekulasi kononnya pihak itu dibayar atau dijanjikan dengan pelbagai jawatan.. jadi, adakah perkara yang sama dibuat oleh pembangkang terutamanya DAP??

    ReplyDelete
  8. saya harap masa depan mereka lebih cerah dalam DAP.. dan saya juga suka mencadangkan agar DAP memberikan jawatan penting dalam kabinet kepada kaum lain memandangkan parti itu mempunyai wakil dari kaum lain selain Cina..

    ReplyDelete