Monday 16 January 2012

BEKAS SETIAUSAHA SULIT HAJIJI KELUAR UMNO

TERIMA….Kelihatan Bekas Setiausaha Sulit Hajiji, Fairuz Bandar (ketiga dari kiri) sedang menerima bendera PKR dari Haji Ansari (ketiga dari kanan) sambil disaksikan oleh Wakil Rakyat PR Selangor, Abdullah Sani dan Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Monggoh Orow (kedua dari kanan).

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

BEKAS Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Mohd Fairuz Bandar yang juga Ketua UMNO Cawangan Nulu mengistiharkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Cawangan dan serta merta menyertai PKR.

Fairuz yang mengugurkan keahliannya dari UMNO yakin Pakatan Rakyat (PR) yang didokongi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendapat sokongan dan dokongan rakyat pelbagai kaum untuk membentuk kerajaan di negara ini selepas Pilihanraya Umum yang ke 13 ini kerana perjuangan pimpinan Pakatan Rakyat adalah telus untuk membela nasib rakyat pelbagai lapisan.

Sejurus melepaskan keahlian dari UMNO, Fairuz yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran bersama-sama keluarganya menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran kepada Ketua Pimpinannya di Tuaran, Haji Ansari Abdullah dalam Majlis ringkas penyertaannya yang diadakan di Kampung Bundung, Tamparuli pada kelmarin.

Fairuz yang memiliki kelulusan Ijazah dalam bidang Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) adalah seorang pemimpin Kadazandusun di Tuaran yang telah banyak membantu untuk menyokong menarik ramai penyertaan kaumnya dalam perjuangan UMNO di Tuaran.

Beliau telah melepaskan semua kedudukan beliau sebagai Ketua Cawangan dan keahlian dari UMNO akan menambahkan lagi sokongan dari masyarakat Kadazandusun kepada PR dalam pilihanraya umum akan datang.

"Bersandarkan kepada peningkatan sokongan kepada perjuangan pembangkan sejak akhir-akhir ini, saya yakin dan percaya dengan niat yang ikhlas demi rakyat tempatan kita di sini; pimpinan PKR dan PR di Tuaran akan kita bantu untuk memenangi pilihanraya. Semoga tranformasi politik untuk kepentingan rakyat keseluruhannya akan dapat diaplikasikan dengan lebih telus," kata Fairuz yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah.

Beliau yang juga Bekas AhliJawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran berkata, dengan perkembangan muktahir politik dalam negara dimana masa kini diramalkan Barisan Nasional (BN) semakin kehilangan sokongan rakyat kerana sudah sekian lama berada ditampuk pemerintahan.

Maka pada masa pimpinan BN begitu goyah, kata Fairuz, peluang terbaik untuk rakyat beralih menyokong perjuangan pembangkang untuk merubah kerajaan Malaysia dan Negeri Sabah termasuklah di kawasan Tuaran wajar dilakukan pada masa yang tepat ini.

Fairuz memberitahu BN tidak lagi boleh mengungkit "Tiada UMNO/ BN; Tiada Pembangunan" kerana semua yang ada itu adalah merupakan tanggungjawab dan amanah membantu rakyat.tetapi tidak relevan lagi untuk berkempen pelihanraya demi meraih undi untuk BN.

"Masa sudah jauh berubah, kerana pengundi sekarang bukan sahaja terdiri dari golngan muda, tetapi juga berpenglaman serta amat mengetahui segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Pendek kata kehidupan rakyat lebih memerlukan pembelaan dan juga banyak perkara berbentuk individu selain kemudahan asas," kata Fairuz yang yakin selepas ini pembangkang pilihan rakyat.

Terdahulu sebelum ini, Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Haji Amin Ibrahim yang banyak terlibat membantu UMNO dan BN dalam beberapa siri pilihanraya telah juga menyertai PKR di Tuaran.

Penyertaan kedua-dua pemimpin ini dalam perjuangan pembangkang akan melemahkan lagi sokongan terhadap UMNO dan BN di Tuaran.

Majlis ringkas PKR anjuran keluarga Fairuz .di Kampung Bundung Tamparuli itu, turut juga disaksikan oleh seorang pimpinan PR Kebangsaan merangkap Wakil Rakyat dari Selangor, Abdullah Sani serta turut dihadiri oleh Bekas Ahli Parlimen Tuaran; Datuk Monggoh Orow.

13 comments:

  1. Mereka yang sudah tidak ikhlas berjuang bersama BN, biarlah mereka keluar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Party hopping: Nothing new about this news

    ReplyDelete
  3. Party hopping seems to happen every day in this country, I'm sure there are some that weren't covered by the media because the members are not so important.

    ReplyDelete
  4. biarlah dia keluar, mereka yang suka lompat parti adalah golongan yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  5. Lompat si katak lompat...lompat la tinggi tinggi...

    bukan perakara baru pun di Sabah. Asal rasa kedudukan tergugat atau menerima tawaran yang baik, pastinya ada yang bersedia tukar parti

    ReplyDelete
  6. Ni perkara biasa dalam arena politik. mungkin dia rasa angin politik PKR. Angin politik BN sudah tidak dapat meniup popularitinya.

    ReplyDelete
  7. Masing2 ada pendirian sendiri. tapi jangan pula keluar BN, ada kedengaran suara2 sumbang yang keluar dari mulut dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Things like that always happen. Sort of like double standard.

      Delete
  8. bahaya ni kalau dia dedahkan maklumat2 sulit Hajiji.

    ReplyDelete
  9. keluar parti sebab apa ni? tidak sehaluan dengan parti ataupun mengejar jawatan dan habuan semata2?

    ReplyDelete
  10. Pilihan itu ada pada diri sendiri ingin memilih parti mana yang ingin disertai.

    ReplyDelete
  11. bukan UMNO yang bekerja untuk rakyat tetapi pemimpin2 dalam UMNO yang bekerja untuk rakyat.. ini bermakna kegagalan UMNO adalah kegagalan pemimpin2 seperti Fairuz..

    ReplyDelete
  12. setiap pemimpin yang masuk PR akan dipuja2 sampai kelangit.. tapi bila pemimpin2 PR keluar dari parti, habis dikutuk dan bermacam2 label diberikan..

    ReplyDelete