Thursday 5 January 2012

BEKUKAN PENGELUARAN MYKAD BARU DI SABAH



PARTI Maju Sabah (SAPP) mencadangkan pengeluaran MyKad baru dibekukan sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dan menjalankan pembersihan kad pengenalan diri (IC) yang telah dikeluarkan di bawah Projek IC.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus menghentikan pengeluaran MyKad berkenaan iaitu menukar MyKad sekarang dengan versi baru, bermula awal tahun ini.

"Lagipun ia bukan seperti MyKad lama, tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya JPN meneruskan usaha itu, ia hanya memberi peluang kepada mereka yang memiliki MyKad yang diperoleh melalui cara yang diragui, mendapat MyKad yang jauh lebih baik.

"Ini seperti memberi mereka sokongan dua kali ganda...ia kembali ke asal, tiada perbezaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.

Chong berkata jika pengeluaran Sijil Anak Negeri di Sabah telah dibekukan sejak 1984 berikutan penyalahgunaan dan wujud sindiket untuk memberi mereka yang tidak layak status anak negeri, jadi tiada alasan pengeluaran MyKad baru di Sabah tidak boleh dibekukan sehingga penubuhan RCI untuk menyiasat perkara itu termasuk membersihkan daftar pemilih.

JPN awal minggu ini telah mula menerima permohonan daripada orang ramai untuk menukar MyKad mereka ke versi yang baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

Dilaporkan JPN akan 'memproses semula' data dalam MyKad sekiranya pemohon hanya mahu menukar kepada versi baru tanpa menukar gambar pemohon di MyKad.

14 comments:

  1. Adalah wajar pembekuan pengeluaran MyKad baru ini dilaksanakan sehingga semua masalah dengan PATI dan Projek IC ini diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. Biarlah RCI menyiasat isu projek IC terlebih dahulu sebelum MyKad diberikan.

    ReplyDelete
  3. Kenapa tergesa-gesa nak buat ic baru??

    ReplyDelete
  4. cadangan ini boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  5. harp JPN akan buat keputusan yang wajar.

    ReplyDelete
  6. Bantahan terhadap mykad baru untuk Sabah. Ini kerana permintaan RCI belum lagi terlaksana.

    ReplyDelete
  7. ini hanya cadangan. apa pun, harap pihak berkaitan dapat melakukan apa yang patut untuk menyelesaikan isu pati.

    ReplyDelete
  8. semoga penyelesaian terhadap isu pati akan dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  9. Jangan kasi tambah masalah yang sudah sedia ada.

    ReplyDelete
  10. bukankah lebih baik jika SAPP mencadangkan supaya JPN menggunakan hari penukaran MyKad baru itu untuk mengesan para pemegang projek IC.. wajibkan saja semua rakyat Sabah menukar MyKad mereka dengan membawa bersama dokumen asal yang diperlukan sebagai pengesahan..

    ReplyDelete
  11. mungkin pihak berkuasa perlu bertimbangkan cadangan ni.

    ReplyDelete
  12. bergolak atau tidak pada PRU13 akan terjawab.

    ReplyDelete
  13. saya lebih suka jika penukaran MyKad ini diteruskan tetapi dalam masa yang sama, pihak JPN perlu merancang bagaimana mereka boleh memanfaatkan penukaran MyKad ini bagi membolehkan mereka membantu kerajaan dan rakyat dalam mengesan pemilik projek IC atau IC palsu..

    ini sahaja cara paling tepat dan sesuai kerana semua rakyat akan berkunjung ke mana2 JPN terdekat.. secara tidak langsung kerajaan boleh menjimatkan masa dan kos untuk menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete
  14. wajarkah untuk menunggu hingga RCI ditubuhkan? rasanya RCI ni nanti akan ambil satu tempoh yang lama untuk buat siasatan.

    ReplyDelete