Friday 20 January 2012

BERSIH 3.0 JIKA TIDAK LAKSANA TUNTUTAN



Oleh: NABIHAH HAMID

PENGERUSI Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

“Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3,” tegas Ambiga.

Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.

“Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,”

Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

14 comments:

  1. Jika Bersih ingin mengadakan satu lagi perhimpunan, ingat kena memohon permit daripada pihak polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlulah nak adakan perhimpunan Bersih yang seterusnya. sudah cukup kesan yang dibawa oleh Bersih 2.0.

      Delete
  2. Harap PRU-13 akan diadakan dengan lebih bersih dan pengundian adalah adil.

    ReplyDelete
  3. hopefully all voters will come to the polling both and perform their respective duties that will determine the fate of our nation for the next 5 years after GE-13

    ReplyDelete
  4. It is also hope that EC will take all the recommendations that has been made by PSC so that there will be no civil unrest that may be indicted by the Bersih 2.0 in the future.

    ReplyDelete
  5. kerajaan kini dah mula ambl tindakan untuk pastikan piliharaya yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  6. perhimpunan yang mengarut dan menyusahkan ini tak perlulah nak diadakan.

    ReplyDelete
  7. Tidak pasal-pasal naik nama M'sia di mata dunia gara-gara perhimpunan Bersih. Stop giving bad images to M'sia.

    ReplyDelete
  8. Aiya..bikin sesak jalan raya saja

    ReplyDelete
  9. BERSIH tanggung sendiri bila terjadi apa-apa dan jangan salahkan kerajaan. Kerana itu adalah pilihan sendiri,.

    ReplyDelete
  10. SPR telah pun mencuba untuk membetulkan kelemahan yang ada dalam Pilihanraya. Maka kita harap semua pihak akan berpuas hati.

    ReplyDelete
  11. PSC sudah mengambilkira mengenai tuntutan2 yang dibuat oleh Bersih malah penggunaan dakwat kekal juga akan dilaksanakan pada PRU nanti. apa lagi yang tidak puas hati?

    ReplyDelete
  12. adakah perhimpunan BERSIH yang seterusnya turut dibiayai oleh kuasa luar??

    ReplyDelete
  13. sejak BERSIH buat demonstrasi jalanan, pelbagai kekacauan berlaku dalam negara.. golongan pelajar juga terikut2 dengan rentak tidak demokrasi mereka..

    ReplyDelete