Wednesday 18 January 2012

BN BEKERJA, PEMBANGKANG HANYA BERJANJI

PERBEZAAN ketara antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang ialah pemimpin BN bekerja untuk rakyat manakala pembangkang pula hanya tahu berjanji kosong kepada rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata berbanding pemimpin pembangkang, pemimpin BN bekerja tanpa mengira musim bagi membantu rakyat dan mengotakan janji yang dibuat.

"Kami sentiasa berfikir cara terbaik untuk membantu rakyat kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan untuk membela mereka," katanya berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini Selasa.

Penyampaian itu dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke Sabah.

Selain itu, kerajaan pusat juga memberikan perhatian kepada negeri ini dengan memberikan peruntukan yang besar khususnya dalam penyediaan kemudahan asas di luar bandar, katanya.

Berdasarkan perkara itu, Musa berkata beliau yakin rakyat Sabah dapat menilai mana yang terbaik untuk mereka.

"Saya yakin rakyat Sabah akan memberikan kemenangan yang besar kepada BN pada pilihan raya nanti," kata Musa. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Rakyat perlulah pandai menilai janji-janji manis yang diberikan oleh mana-mana parti yang datang.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan terus membantu rakyat dengan cara yang terbaik dan menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan.

    ReplyDelete
  3. may the government will continue to serve the people at earnest

    ReplyDelete
  4. pembangkang hnya tau membuat membuat bisng, komplen sana sini, tapi tiada tindakan yang diambil. tak perlulah nak terpengaruh dgn kata2 pembangkang.

    ReplyDelete
  5. biasanya memang banyak janji2 yang ditabur musim2 dekat PRU ni. rakyat janganlah terpengaruh sangat. undi secara bijak!

    ReplyDelete
  6. kerajaan: Diam-diam ubi berisi
    : Pandai buat kerja

    Pembangkang: Bising-bising tong gas kosong
    : Asyik komplen tetapi tidak pandai ambil
    initiatif

    ReplyDelete
  7. Harap ditunaikan segala janji dan laksanakan sehingga berjaya. Buat rakyat senang hati dengan pelaksanaan kerja kerajaan.

    ReplyDelete
  8. bagaimana pun kerajaan perlu meningkatkan prestasi kerja dan jangan meremehkan isu2 yang dibangkitkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Sememangnya BN mampu melakukan kerja. Tapi tidak kepada PR yang cuma tahu berkata-kata sana sini namun tidak ada pun satu tindakan yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  10. Biar apa pun yang pembangkang ingin katakan itu bukan penghalang untuk Kerajaan BN melaksanakan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  11. Govt must continue to fulfill their promises to rakyat.

    ReplyDelete
  12. pembangkang bukan hanya pandai berjanji malah asyik membangkang tidak kira betul atau salah..

    ReplyDelete
  13. tapi lagi bagus jika pemimpin2 kerajaan sentiasa bersikap rendah diri dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara..

    ReplyDelete