Wednesday 18 January 2012

BN BELI UNDI DENGAN WANG TUNAI?

Oleh : LEE WEI LIAN

BEKAS Menteri Kabinet Persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” kata Abdul Kadir, istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah 'bom', namun secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.

“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar.”

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

13 comments:

  1. Saya rasa para pembangkang juga pernah menggunakan taktik ini.

    ReplyDelete
  2. Adalah adil jika Pembangkang diberikan kebebasan memiliki akhbar supaya mereka diberikan peluang untuk menyebarkan maklumat mereka. Biar rakyat yang menilai sendiri.

    ReplyDelete
  3. Let them have equal advantage in the mainstream media. provided that both sides doesn't use any means to provoke the people with extreme and sensitive sentiments.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This 'means to provoke the people with extreme and sensitive sentiments' will definitely go against the constitution of our nation

      Delete
  4. sheik Fadzir, kerana tak menjadi menteri persekutuan, mula sudah nak memburukkan Bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ternyata tidak ikhlas dalam perjuangan. hanya mementingkan kedudukan dan jawatan.

      Delete
  5. Mustahil la dia bersih sangat. Ambiga cakap boleh maafkan rasauh kecil. Jadi, dia terus mahu sertai BERSIH 3.0 la.

    ReplyDelete
  6. Ketika menjadi menteri, beliau tidak bersuara lantang untuk memperbetulkan keadaan. Kenapa???? Sebagai menteri kebarangkalian lagi besar dapat memperbaiki kesalahan mungkin akan mendapat pujian dari rakyat. Tapi sekarang, mungkin rakyat/pihak2 tertentu akan menganggap beliau mahu buat publisiti.

    ReplyDelete
  7. Tidak pasti apa yang dicakap oleh artikel ini. Apa pun pasti sudah dekat PRu dan sebab itulah bermacam-macam isu keluar.

    ReplyDelete
  8. jangan terlalu percaya dengan berita sebegini. Kerana kebanyakkan semua ini hanyalah mainan isi politik semata-mata.

    ReplyDelete
  9. There is no clean politics. And for him to "reveal" this thing now is so hypocrite. Why last time no guts to tell??

    ReplyDelete
  10. selepas bergelar 'bekas menteri' baru dia tampil buat pendedahan?? kenapa sebelum ini tidak?? takut kepentingan dalam kabinet persekutuan terjejas??

    ReplyDelete
  11. orang seperti ini tidak boleh dipercayai.. sebagaimana beliau juga pernah terlibat dalam penipuan itu tetapi menyembunyikannya, jika beliau diberi peluang kedua ketika pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara, tidak mustahil beliau juga akan bersekongkol sekali lagi melakukan penipuan untuk menjaga kepentingan beliau..

    ReplyDelete