Thursday 19 January 2012

BN SABAH TIDAK FIKIR SOAL PEMBAHAGIAN KERUSI

BARISAN Nasional (BN) Sabah tidak mahu terlalu memikirkan soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum akan datang selagi belum berpuas hati dengan tanggungjawab kepada rakyat.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Musa Aman berkata pada masa ini BN Sabah lebih menumpukan kepada soal kerja untuk rakyat.

"Kerja untuk rakyat mesti berterusan, bukan bila dekat pilihan raya sahaja baru hendak tolong rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi ke-12 Kolej PTPL Sabah, di sini Rabu.

Beliau berkata BN Sabah juga mahu wakil rakyatnya terus mendekatkan diri dengan masyarakat bagi mengetahui masalah mereka, sekali gus memudahkan kerajaan negeri untuk membantu.

Katanya negara ini bertuah kerana mempunyai perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat prihatin dengan keperluan rakyat.

Musa juga berkata ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas, BN negeri diminta memantapkan perpaduan pada kalangan parti komponen agar mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Saya pasti pengagihan kerusi kepada parti komponen di bawah BN akan dilakukan dengan adil.

    ReplyDelete
  2. Tapi parti komponen lain juga janganlah terlalu tamakan kuasa.

    ReplyDelete
  3. pmbahagian kerusi tidak perlu nak difikirkan sangat buat masa ini, tumpukan dahulu pada kebajikan dan hal ehwal rakyat. itu tanggungjawb utama mereka.

    ReplyDelete
  4. pengagihan kerusi boleh difikirkan kemudian dan pastikan pengagihan dilakukan dgn adil.

    ReplyDelete
  5. KM kena kawal ahli-ahli UMNO yang sudah mula meminta kerusi di kawasan lain dengan berbaur ugutan. Ini hanya menjejaskan imej BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO perlu kurangkan kerusi di Sabah. jangan lebih dari 50%.

      Delete
  6. tingkatkan performance diri dan parti tu lebih baik. Sentiasa bersedia

    ReplyDelete
  7. Itulah yang kita mahukan.Seharusnya pemimpin lebih memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Jika kerusi dapat pun tapi rakyat tidak suka bagaimana juga. Jika rakyat suka maka tidak mustahil kerusi itu akan menjadi milik pemimpin tersebut seperti apa yang Datuk Musa Aman katakan.

    ReplyDelete
  9. lebih baik fokuskan dulu kepada persediaan menghadapi PRU dan tanggungjawab terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  10. walaupun terdiri dari komponen parti yang ramai, BN tetap mampu mengagihkan kerusi dengan adil tanpa perlu berhadapan dengan bantahan dikalangan parti komponen.. tidak seperti Pakatan dimana setiap kali pilihanraya, pasti ada rakan gabungan mereka yang menuntut kerusi sehingga menimbulkan konflik dalaman..

    ReplyDelete
  11. sebaik2nya semua parti politik samada dipihak BN mahupun pembangkang perlu kerap mengadakan perbincangan dikalangan rakan komponen masing2 terutamanya berkenaan dengan pembahagian kerusi agar tidak ada pihak yang tidak berpuas hati tampil melahirkan rasa kecewa mereka melalui media..

    ReplyDelete