Tuesday 17 January 2012

'BONDING WITH GAYA STREET' DI KOTA KINABALU



PROGRAM 'Bonding With Gaya Street' merupakan antara acara menarik yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-12 bandar raya ini awal bulan depan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata program kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan North Borneo History Enthusiasts (NBHE) itu bertujuan mendedahkan tentang sejarah keunikan Jalan Gaya itu.

Beliau berkata program menonjolkan jalan itu akan berlangsung selama dua hari mulai 11 Feb yang akan turut diisi dengan pameran terbuka di beberapa lokasi di jalan berkenaan.

Memberitahu pemberita mengenai majlis perayaan ulang tahun bandar raya Kota Kinabalu yang jatuh pada 2 Feb ini, Abidin berkata DBKK akan turut bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu bagi mengadakan "wayang pacak" pada 10 Feb bagi mengimbas kembali sejarah KK Street dan Jalan Gaya.

Selain itu, beliau berkata bagi mengimbas kembali genre muzik era 50-an hingga 70an, konsert dengan tema 'Together Again' akan diadakan pada 11 Feb.

Sementara itu Abidin berkata orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mulai esok hingga 20 Jan. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Acara seperti ini boleh membantu memupuk semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  2. A fun and engaging way to promote the history of Gaya street as well as Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  3. satu acara yang amat menarik dan dpt memupuk semngat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  4. pasti acara ini mendapat sambutan yang meriah.

    ReplyDelete
  5. mudah2an semuanya berjalan dengan lancar dan keselamatan terkawal.

    ReplyDelete
  6. diharap acara ini dapat merapatkan silaturahim di kalangan penduduk Kota Kinabalu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama

    ReplyDelete
  7. program seperti ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Sabah. semoga program ini berjaya dan mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  8. KK Street dan Jalan Gaya ni memang sentiasa menjadi tumpuan bila ada perayaan2.

    ReplyDelete
  9. Sejarah Jalan gaya ini juga diingati disebabkan kenapa jalan ini sering menjadi tumpuan dibuat.

    ReplyDelete
  10. Do come and support this program.

    ReplyDelete
  11. sama2 lah kita memeriahkan karnival tahun baru cina di lokasi yang telah ditentukan..

    ReplyDelete