Wednesday 18 January 2012

BR1M BUKAN BERMOTIF POLITIK



TAN SRI Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan umeraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini pada Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan proram turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.

Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol. Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.

"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.

"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.

"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Semoga bantuan BR1M ini boleh menolong rakyat meningkatkan kualiti kehidupan mereka selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Harap NKRA juga akan teruskan usaha untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Just so coincidentally that there's is an indicatin that the election is just around the corner, some fractions claims that the BR1M is a ploy by the ruling coalition to 'bribe' or favour them.

    ReplyDelete
  4. bantuan tersebut diberikan kerana kerajaan prihatin dgn keadaan rakyat. tak perlulah nak manipulasikan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. BR1M ni adalah antara peruntukan yang tersenarai dalam Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan tahun lalu. jadi, wajarlah janji itu ditunaikan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai BR1M khas bagi mereka yang amat memerlukannya pun dipolitikkan juga oleh sesetengah pihak.

      Delete
  6. Ramai rakyat Sabah memerlukan bantuan. Kerajaan berusaha untuk meringgankan beban yang ditanggung.

    ReplyDelete
  7. BR1M aid for the people is creative and caring approach conceived by the PM to relieve the needy from their financial hardship caused by rising costs.

    ReplyDelete
  8. Teruskan memberikan bantuan kepada rakyat. Peduli apa yang pembangkang ingin katakan.

    ReplyDelete
  9. Pasti ramai rakyat yang tidak setuju dengan mengatakan BR1m ini bermotifkan politik. Namun semua itu tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete
  10. It is government's duty to help the poor. If you don't want to accept it, let the other get it since they really need money.

    ReplyDelete
  11. hanya ahli2 politik sahaja yang akan mengatakan bahawa bantuan ini bermotifkan politik.. untuk melindungi kepentingan politik mereka, apa sahaja usaha kerajaan yang mendapat sokongan rakyat akan dicemarkan dengan pelbagai gambaran atau spekulasi negatif..

    ReplyDelete
  12. namun bagi saya pihak yang lebih banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat jauh lebih baik dari pihak yang gemar meremeh2kan bantuan pihak lain sedangkan dipihak mereka juga pernah menjanjikan perkara yang sama namun tidak mampu dilaksnakan walaupun selepas lebih 3 tahun memerintah 4 buah negeri..

    ReplyDelete