Thursday 12 January 2012

DAKWAT KEKAL HARUS DAN DIBENARKAN



JAWATANKUASA Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini Rabu.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia dan para mufti.

Pada Disember lepas, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata beliau menyambut baik keputusan Jawatakuasa Fatwa Kebangsaan itu.

"Berikutan keputusan itu, SPR kini boleh meneruskan dengan persediaan menggunakan dakwat kekal semasa PRU ke-13 nanti.

"Ini termasuk meminda peraturan pilihan raya, melatih pegawai berhubung aplikasi dakwat dan pemerolehan dakwat kekal itu," katanya. (BERNAMA)

11 comments:

  1. It's good to know that the Fatwa has approved the use of indelible ink, would the Election Commission use this in the next general elections?

    ReplyDelete
  2. Hope that EC will make their decision whether to use this indelible ink after this.

    ReplyDelete
  3. Baguslah. Jadi bagaimana dengan masalah satu ic, banyak pemegang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap hal itu dpt diselesaikan.

      Delete
  4. mungkin dakwat kekal akan digunakan pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  5. jika semua bersetuju, rasanya tiada halangan untuk menggunakan dakwat kekal.

    ReplyDelete
  6. jika begini, kemungkinan besar dakwat kekal akan digunakan pada PRU.

    ReplyDelete
  7. Itulah keputusan dari pihak jabatan Islam Malaysia. Penggunaan dakwat kekal itu lepas dari kajian dan dibenarkan digunakan.

    ReplyDelete
  8. Maka apa yang Pembangkang mahukan akhirnya tercapai. Menggunakan dakwat kekal untuk melakukan pengundian pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  9. yang lepas tu lepas la.. yang penting PRU kali ini spr wajib guna dakwat kekal.. tidak perlu berdolak dalik seperti sebelum ini..

    ReplyDelete
  10. negara India yang mempunyai penduduk muslim pun boleh guna dakwat kekal, takkan Malaysia tidak.. guna saja dakwat yang telah digunakan oleh mana2 negara untuk pilihanraya mereka..

    ReplyDelete