Thursday 5 January 2012

DATU AKJAN LEBIH HEBAT DARIPADA PEMIMPIN BN?

BENTANG….Kelihatan Taufick Hj.Ruschi, Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih PKR Sabah bersama aktivis politik PKR Sabah Dr. Chong Eng Leong semasa membantangkan isu mengenai PATI dan Pemberian Kad Pengenalan Palsu kepada PATI yang membolehkan mereka menjadi pengundi di Sabah.

BERIKUTAN kebimbangan menyeluruh rakyat Sabah mengenai PATI yang didaftarkan secara haram menjadi pengundi di Sabah dan memiliki Kad Pengenalan Projek, kerajaan digesa menubuhkan RCI sebelum PRU13.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih Parti Keadilah Rakyat Sabah, Taufick Haji.Ruschi kepada Sabahkini.net.

Menurutnya lagi, dengan adanya RCI bagi menyiasat perkara ini, rakyat Sabah akan berasa lega dan selamat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara yang dijamin oleh perlembagaan.

Dalam beberapa hari ini, akhbar harian tempatan telah menyiarkan beberapa kenyataan akhbar dari pelbagai pihak yang khuatir mengenai keselamatan dan masa depan rakyat tulen Sabah; berikutan kenyataan akhbar seorang pemimpin NGO yang tidak senang dengan penubuhan RCI/Siasatan Diraja mengenai PATI dan pemberian Kad Pengenalan Palsu/Projek.

Taufick yang juga menjadi salah seorang pembentang dalam pendengaran awam mengenai penambah baikan SPR bersama aktivis politik PKR Dr.Chong Eng Leong yang mewakili Parti Keadilan Rakyat Sabah berkata, kehadiran Datu Akjan Ali Muhammad yang difahamkan baharu mendapat kerayatan Malaysia melalui pintu belakang pada tahun 1970.

Kata Taufick, Akjan datang ke Sabah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan mempunyai kod ic nombor 12; pernah di tangkap di bawah ISA pada tahun 1996 dilihat terlalu banyak bercakap di Sabah melebihi pemimpin asal Sabah.

Jika kerajaan tidak menyegerakan penubuhan RCI mengenai PATI dan Kad Pengenalan Projek yang menjadi Pemilih Haram di Sabah, rakyat melihat perbuatan dan gerakan aktif Akjan ini sebenarnya didalangi oleh Pemimpin Barisan Nasional.

Senario ini semakin jelas kerana Akjan telah dengan berani mengaitkan nama Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan akhbarnya.

Taufick yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort, menyeru rakyat Sabah, khasnya di Beaufort menolak Barisan Nasional pada PRU13 akan datang.

Baliau menambah, cara yang mudah bagai menutup mulut Akjan daripada menidakkan penubuhan RCI mengenai PTI dan Kad Pengenalan Palsu ialah menolak kerajaan Barisan Nasional.

13 comments:

  1. Nampaknya Akjan patut dikenakan tahanan dibawah ISA sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Makin Akjan membantah RCI, makin kita patut menyokong penubuhannya.

    ReplyDelete
  3. Adakah pemimpin kita mahu biarkan si Akjan ini bermaharajalela di Sabah?

    ReplyDelete
  4. Akjan tak berhak untuk bersuara, kerakyatan dia sendiri diragui. tiada siapa nak sokong c akjan.

    ReplyDelete
  5. Kita lihat saja nanti RCI untuk Sabah. Kerajaan Negeri tidak ada halangan namun hanya menunggu jawapan dari kerejaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  6. tiada siapa pun yang menyokong Akjan ni.

    ReplyDelete
  7. harap RCI akan ditubuhkan dan masalah pati akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  8. buktikan bahawa gerakan aktif Akjan ini didalangi oleh pemimpin BN.. jangan tahu cakap saja.. Taufick sendiri cakap bahawa Akjan ini sebenarnya PATI.. kenapa Taufick tidak terfikir bahawa tindakan Akjan ini sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan diri dia sendiri??

    ReplyDelete
  9. kenapa perlu mendesak supaya cadangan ini disegerakan sedangkan ia perlu dibincangkan dahulu di Parlimen?? banyak perkara yang perlu dibincangkan termasuk siapa yang bakal menganggotai suruhanjaya ini..

    ReplyDelete
  10. Akjan bimbang sekiranya RCI dilaksanakan di Sabah, dia orang pertama yang akan disiasat. Lepas tu ahli2 PEKIDA.

    ReplyDelete
  11. No matter what akjan points, I still support RCI.

    ReplyDelete
  12. siapakah menteri yang dikaitkan oleh Akjan dalam kenyataan akhbarnya?

    ReplyDelete
  13. saya memang tiada keyakinan dengan Akjan ni.

    ReplyDelete