Tuesday 3 January 2012

DI MANA ADUN SEKONG?



Oleh : KRANGKANG BATRUSI

LAJNAH Penerangan PAS Pusat yang diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan lawatan kerja ke Sandakan selama tiga hari di beberapa pulau dan kampung baru-baru ini.

Rombongan yang disertai seramai 7 orang itu telah mengunjungi Pulau Shanghai, Pulau Tronglit, Kg. Karamunting, Kg. Gas, Kg. Lupak Meluas dan beberapa buah kampung lagi di samping menyampaikan sumbangan kepada peenduduk kampung.

Berucap ketika berada di Pulau Tronglit, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut ditemani oleh Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat telah menegaskan bahawa pentingnya wakil rakyat turun ke padang bagi melihat masalah rakyat. Beliau mempersoalkan kekerapan wakil rakyat di situ turun ke pulau itu bagi melihat bebanan mereka.

“Bila melihat keadaan kampung ini, saya menjadi musykil sejauh mana wakil rakyat di sini telah memberi perhatian kepada tuan-tuan (penduduk kampung)? Rumah tuan-tuan hampir semuanya dalam keadaan daif, tiada bekalan air yang bersih dan seribu satu masalah lagi yang ditanggung oleh pihak tuan,” kata beliau.

“Cukupkah hanya datang sesekali dengan memberi generator (penjana kuasa elektrik), enjin bot, beberapa keping zink kemudian biarkan rakyat terpinggir? Bagaimana dengan soal kebersihan pulau ini, kemiskinan, kebajikan rakyat dan pelbagai lagi isu yang membelenggu rakyat?” soal beliau.

“Sabah ini kaya dengan minyak, balak, kelapa sawit, gas dan pelbagai lagi sumber alam yang wajib dikembalikan kepada rakyat. Mengapa dengan kekekayaan yang bernilai billion ini rakyat Sabah masih berada di tangga paling miskin di Malaysia? Ini semua tidak akan berlaku melainkan pemimpin Umno-Bn di negeri ini telah mengamalkan rasuah,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat itu lagi.

Di setiap pertemuan yang berlaku rakyat menunjukkan sokongan yang padu dan berjanji untuk membuat perubahan pada pilihanrraya umum yang akan datang. Mereka sudah serik dengan janji Bn yang selalu meleset dan berhasrat untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Hadir bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah Ustaz Hj Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan 4 orang AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat yang lain.

No comments:

Post a Comment