Friday 13 January 2012

GENERASI MUDA MARAH KEPADA UMNO?



Oleh: SHAIMON S JUMADI

GOLONGAN generasi muda yang berpendidikan tinggi khususnya golongan intelek harus mempunyai daya memikiran yang terbuka khususnya dalam arus pembangunan negara kerana golongan muda merupakan nadi dan bakal mengganti pemimpin yang ada sekarang untuk merealisasikan arus perdana pembangunan negara agar lebih konsisten.

Ketua Pemuda Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Cabang Libaran, Irwan Shah Mustapha berkata demikian ketika berucap di Majlis Suai Kenal dengan para belia-beliawanis di sebuah Restoran terkemuka di Sandakan, malam tadi.

Seramai 35 orang belia-beliawanis yang datangnya dari Kampung Tanjung Pisau, Kampung Pulau Nunuyan Laut dan Rancangan Sungei Manila telah menyertai PKR Libaran.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional yang tidak mempunyai hala tuju yang betul, maka sebagai belia harapan bangsa adalah sebagai penentu untuk satu-satu parti yang boleh menjadi kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kata Irwan, para belia di seluruh negara memang sudah marah dengan kerajaan yang ada sekarang ini ekoran daripada UMNO yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada generasi muda yang berpendidikan tinggi untuk menerajui kepimpinan UMNO.

“Kalau 10 tahun yang lalu, PAS adalah parti untuk orang-orang tua atau untuk para alim ulama sahaja, kini PAS berubah lebih jauh dan parti mereka terbuka luas dan sekarang anak-anak muda daripada cerdik pandai yang bergelar intelek sudahpun ramai menyerati PAS,” ujarnya.

Begitu juga tambah Irwan, kebanyakan ahli PKR yang terdiri daripada golongan muda 80 peratus adalah lepasan Universiti tempatan dan luar negara dalam pelbagai jurusan bidang akademik.

“Tidak macam UMNO, golongan muda sama ada berpendidikan mahupun sebaliknya, telah terpinggir dan tidak mempunyai peluang langsung untuk menjawat-jawatan tinggi sama ada di peringkat bahagian ataupun di peringkat nasional,”ujar Irwan.

Irwan yang berpendidikan Sarjana daripada salah sebuah Universiti tempatan di Sabah kemungkin bakal calon DUN di kawasan Gum-Gum bagi menentang calon BN/UMNO pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Katanya, pihak PKR Cabang Libaran sudahpun siap sedia gerakan jentera pilihanraya umum nanti dan rakyat di Libaran sudah muak dengan janji-janji wakil rakyat yang hanya memberi kesenangan kepada kroni-kroni mereka sahaja.

Menurut Irwan lagi, pada masa terdekat ini golongan belia lebih 244 orang dari kawasan Gum-Gum dan Sungei Sibuga akan menyertai PKR dan upacara majlis penyerahan borang keahlian akan diadakan dua minggu dari sekarang.

14 comments:

  1. Nampaknya bukan senang nak mendapatkan sokongan generasi muda, terutamanya mereka yang banyak berpendidikan.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan perlulah berusaha lagi untuk memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  3. ada juga yang mengatakan bahawa golongan belia ni berpendirian atas pagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja golongan muda, malah golongan yang berusia pun banyak juga atas pagar. Banyak betul parti di Sabah ni. Bingung mahu sokong siapa.

      Delete
  4. golongan muda adalh golongan yang perlu diberi perhatian. sokongan dari mereka amat diperlukan.

    ReplyDelete
  5. Banyak parti2 sekarang menumpukan perhatian kepada golongan muda kerana mereka ini mudah dipengaruhi. Diharapkan golongan muda bijak menilai dan jangan mudah dihasut.

    ReplyDelete
  6. sekarang ini semua parti pun berusaha untuk mendapatkan sokongan golongan muda.

    ReplyDelete
  7. golongan mudah harus bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang isu yang dimainkan.

    ReplyDelete
  8. Golongan muda adalah paling ramai berada di atas pagar. sekiranya kerajaan bijaksana dan benar2 mendahulukan rakyat, kemungkinan golongan muda akan beralih menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Belia2 sekarang semakin peka terhadap perkembangan Sabah.

    ReplyDelete
  10. Tidak ada makna kalau mahu marah dengan UMNO. Kita tengok saja nanti siapa marah dengan siapa nanti.

    ReplyDelete
  11. UMNO teruskan memberikan tumpuan kepada generasi muda. Jangan abaikan tanggungjawab kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. PKR memang suka melibatkan pelajar untuk terlibat aktif dalam politik kerana golongan ini terlalu mudah dipengaruhi.. kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk kebaikkan belia dan juga pelajar2 IPT, sebaliknya pembangkang merosakkan mereka dengan menghasut mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan semata2 untuk memberikan jalan pintas kepada pembangkang untuk merampas kerajaan.

    ReplyDelete
  13. saya juga mahu lihat dalam PKR ada belia muda yang menjawat jawatan penting parti.. setakat ini siapa belia muda dalam PKR yang diberikan jawatan penting parti??

    ReplyDelete