Tuesday 17 January 2012

GSTT SABAH TERUS TERPINGGIR?

Saudara Pengarang,

SAYA merupakan salah seorang calon yang telah menghadiri semakan Dokumen bagi Pengambilan GSTT pengambilan November 2011/Januari 2012 untuk diserap ke IPG/IPTA yang berlangsung pada bulan oktober; tetapi sehingga sekarang tidak mendapat tempat walaupun berpengalaman mengajar selama lebih empat tahun.

Saya telah berusaha untuk membuat rayuan dengan menghantar dokumen melalui pos dan telah datang ke BPG gaya menghantar dokumen rayuaan seperti yang telah diarahkan bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran yang dikeluarkan pada 19 Disember 2011. Saya berpendapat lebih ramai lagi yang senasib dengan saya yang berada di pedalaman (Sabah).

Saya sungguh kecewa dengan keputusan yang telah dibuat ke atas pengambilan ini kerana ramai dari Semenanjung telah mendapat tempat, jesteru mereka diberi tempat ke IPG/IPTA (Sabah).

Selain itu, kami ditambah dengan syarat berpengalaman mengajar dua tahun ke atas. Tapi persoalannya, pengalaman belum sampai setahun pula yang mendapat tempat. Kenapa tidak mengambil sahaja yang sedia ada?

Untuk maklumat lanjut tentang perkembangn penyerapan ini dari mula sehingga keputusan tawaran ambilan dikeluarkan adalah seperti berikut:

1.anjungmaya.com

2.ohcikgu.com.

Oleh yang demikian, diharap semua Ahli Parlimen Sabah dapat menyuarakan isu ini bagi membela nasib GSTT di pedalaman yang dipinggirkan atas dasar pilihkasih BN.

Salam Hormat,

PEMBELA NASIB GSTT

14 comments:

  1. GSTT perlulah diberikan peluang untuk diserap menjadi guru tetap dengan memberikan mereka latihan ataupun ujian.

    ReplyDelete
  2. GSTT ini boleh menyumbang tenaga dalam pendidikan anak-anak kita, mereka haruslah diberikan peluang untuk berkhidmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GSTT juga memainkan peranan penting dalam kemajuan pendidikan negara, mereka harus diberi perhatian.

      Delete
  3. Hopefully the Education Ministry will look into this matter and give equal allocation to ALL applicants nationwide.

    ReplyDelete
  4. dia mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun, seharusnya dia layak untuk diserap.

    ReplyDelete
  5. Jabatan pendidikan Sabah dan kementerian pendidikan harus memandang serius akan hal ni.

    ReplyDelete
  6. Beri layanan yang sama rata untuk semua pemohon GSTT

    ReplyDelete
  7. mungkin ada kriteria2/syarat lain yang tidak dipenuhi.

    ReplyDelete
  8. semoga aduan ini akan disemak semula dan selesai dalam masa yang terdekat ini.

    ReplyDelete
  9. GSTT yang pengalaman selama 4tahun tapi tidak diserap untuk menyambung ke IPG/IPTA. Mungkin Kementerian perlu menjelaskannya. Sebab ramai GSTT yang dapat ada yang kurang pengalaman dibawah 2tahun tapi dapat menyambung ke IPG/IPTA.

    ReplyDelete
  10. Ministry Higher Education needs to look out on this matter seriously.

    ReplyDelete
  11. dalam apa jua bidang, wujud persaingan.. jika semua GSTT Sabah tidak mendapat tempat, barulah boleh pertikaikan proses penilaian yang dibuat oleh pihak berkenaan..

    ReplyDelete
  12. kalau mahu sangat sekolah2 di Sabah dipenuhi guru dari Sabah, baik kerajaan minta semua guru2 Sabahan yang mengajar di semenanjung dan Sarawak untuk balik ke Sabah.. sama2 kita lihat jika semua jawatan guru di sabah penuh, dimana agaknya bakal2 guru Sabahan hendak berkhidmat..

    ReplyDelete