Thursday 19 January 2012

GUAN ENG SYOR PILIHANRAYA TEMPATAN



KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi meminta diadakan perbincangan tentang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Surat itu telah dihantar beliau kepada Perdana Menteri pada 12 Mac dan salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Menurut Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran di negeri itu.

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kerajaan negeri boleh memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain dari pilihan raya umum.

"Kami sedar YAB Datuk Seri mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi memang terbukti amalan demokrasi akar umbi telahpun membolehkan urustadbir yang lebih cekap, akauntabiliti dan telus berbanding dengan sistem perlantikan," katanya dalam surat itu.

Amalan antara bangsa pula, katanya, menunjukkan tren ini dengan 101 daripada 192 buah negara Bangsa-bangsa Bersatu mengamalkan sistem pilihan raya kerajaan temapatan.

Menurut Guan Eng, pihaknya telah juga menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac 2010 lagi mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak beliau sedia bertemu dengan Perdana Menteri bila-bila masa bagi membincangkan perkara tersebut.

9 comments:

  1. Semoga Najib akan membuat pertimbangan yang terbaik mengenai cadangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun berlainan ideologi politik, namun jika sesuatu cadangan itu membawa kebaikan bersama, rasanya tiada masalah untuk meluluskan cadangan tersebut.

      Delete
  2. cadangan ini amat boleh dipertimbangkan, ia bagi memastikan pentadbiran peringkat tempatan dalam keadaan lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bagus juga keputusan LGE untuk mengadakan pilihanraya tempatan bagi memilih ahli majlis perbandaran sendiri.

    ReplyDelete
  4. mudah2 mendapat respond positif

    ReplyDelete
  5. Setiap cadangan tetap akan dikaji semula. Penjelasan terperinci perlu bagi memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang.

    ReplyDelete
  6. cadangan baik pasti akan diterima dengan baik. semoga syor ini akan diterima.

    ReplyDelete
  7. Dengan membuat p/raya bagi memilih ahli majlis perbandaran sendiri, ianya lebih adil dan diharap boleh mmembantu dalam meningkatkan kualiti kerja mereka.

    ReplyDelete
  8. jika cadangan ini berkesan sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara, kerajaan patut mempertimbangkannya dan seterusnya mengguna-pakai cadangan ini disemua negeri..

    ReplyDelete