Wednesday 18 January 2012

HENTIKAN KEGIATAN MENGHENTAM TYT SABAH!



Saudara Pengarang,

SAYA berasa terpanggil untuk memberi komen melalui Sabahkini.net, memandangkan ia merupakan media alternatif yang sangat popular, terutamanya di Sabah.

Saya ingin merujuk kepada isu yang ditimbulkan melalui artikel "Kenapa Umno 'Matikan' Juhar Mahiruddin" dan berpendapat bahawa kritikan keras begini bukan budaya kita dan menggugat keharmonian kaum di Sabah.

Saya berpandangan begini kerana yang pertama sekali, kita sebagai rakyat Sabah harus menilai budaya kita orang Sabah yang menghormati TYT sebagai lambang kedaulatan negeri kita.

Tanggunjawab dan peranannya dalam pentadbiran negeri Sabah sangat besar dan harus diberi penghormatan yang lebih tinggi dan kita tidak sewenang-wenangnya mengkritik TYT kita sehingga nilai dan budaya kita terhadap kehormatan TYT kita tercemar.

Senario ini sangat memalukan. Kita kena akur bahawa TYT sudah dilantik dan apapun yang berlaku sebelum itu tinggalkan dan kini beliau sudah menjadi TYT Sabah dan kita harus pertahankan walau apapun yang berlaku.

Merujuk kepada isu menjadikan nama TYT untuk nama sebuah masjid di Sukau tidak relevan sebab sumbangan kurang, saya rasa ini tidak adil dan tidak munasabah. Hal ini kerana sekiranya penduduk kawasan tersebut bersetuju untuk meletakkan nama TYT untuk masjid mereka, SO WHAT?

Pihak yang mengkritik harus berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan. Biarlah kita matang dan berhemah dalam membuat suatu kenyataan atau teguran. Saya sebagai rakyat sabah, tidak akan berkompromi jika ada pihak yang cuba mengkritik TYT kita secara terang-terangan tanpa sebab yang munasabah.

Jangan dijadikan 'Nama Masjid' sebagai isu yang besar kerana hanya perkara yang remeh dan seharusnya meletakkan 'NAMA' bagi sebuah masjid sepatutnya memberikan kita lesen untuk mengkritik Ketua Agama Islam di media massa.

Sama ada besar atau kecil sumbangan seseorang itu, Tuhan sahaja yang tahu, siapa kita untuk menentukan nilai sumbangan seseorang itu. Saya menggesa pihak tertentu agar mengkritik atau mengemukakan isu itu, biarlah berbentuk mendidik yang penuh dengan keikhlasan.

Salam Hormat,

MOHD SALIM JAPARAN

Naib Presiden MBS;

merangkap Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan.

13 comments:

  1. Harap kenyataan tidak akan dibuat tanpa bukti ataupun asas. Tapi rakyat juga perlulah menilai dengan bijak apa yang didengar.

    ReplyDelete
  2. Jika rakyat setuju menamakan masjid tersebut dengan nama Tun Juhar, ikut suka hati mereka lah. Yang penting mereka gembira.

    ReplyDelete
  3. Constructive criticism is permissible. But criticism intended on the assassination of character of a well reputable pillar of society is unacceptable.

    ReplyDelete
  4. TYT tak ada kaitan dngn politik, tak perlulah nak babitkan beliau. hal yang tidak patut tak perlu nak dijadikan isu besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. padanlah muka orang tu kalau TYT kenakan hukuman. saya rasa patut bagi pengajaran bagi mereka yang suka mengheret TYT dalam isu politik.

      Delete
  5. Sepatutnya isu ni tidak perlu dipanjangkan. Ada pihak2 yang cuba membuat kacau dan mempengaruhi rakyat untuk menentang TYT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada orang rasa tak puas hati setelah membaca komen-komen yang tidak bernas dalam artikel "Kenapa Umno 'Matikan' Juhar Mahiruddin"

      Delete
  6. 'Sama ada besar atau kecil sumbangan seseorang itu, Tuhan sahaja yang tahu, siapa kita untuk menentukan nilai sumbangan seseorang itu.'

    Saya setuju. Jadi, yang menghentam TYT tu pikir2 sendiri. Jangan hanya tahu menjatuhkan orang saja.

    ReplyDelete
  7. saya rasa bukan satu kesalahan pun nama tersebut diberi sempena nama TYT. saja ni ada pihak2 yang memperbesarkan isu seperti ni sebab wujudnya masjid yang baru hasil usaha kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Betul apa yang artikel ini katakan. Menghentam TYT sama seperti orang yang tidak berpendidikan sama sepeti CItar Masadi yang tidak tahu membezakan politik dan persendirian. TYT bersih dari politik, TYT tidak ada kaitan dengan politik lagi setelah disahkan menjadi TYT.

    ReplyDelete
  9. Let the unsatisfied party go and meet the authority to address their concern formally.

    ReplyDelete
  10. sedangkan pelajar yang masih menuntut ilmu pun boleh bertindak kurang ajar terhadap ketua negara, inikan pula ahli2 politik yang tentunya mempunyai cita2 untuk merampas kerajaan.. perkembangan politik tidak sihat seperti ini banyak mendedahkan kepada golongan muda untuk bertindak diluar kebiasaan..

    ReplyDelete
  11. berkenaan dengan isu masjid yang menggunakan nama TYT, bagi saya tidak menjadi masalah kerana fungsi masjid itu jauh lebih penting berbanding dengan nama masjid itu sendiri..

    ReplyDelete