Thursday 19 January 2012

HINDARI ULAMA SYAITAN BISU UMNO!

Oleh: HJ HAMZAH HJ ABDULLAH

KASIHAN saya melihat ulama upahan UMNO, belajar tinggi-tinggi sehingga ke Al-Azhar, dapat ijazah berjela-jela, fasih mentafsir ayat Allah, menjadi hafiz al-Quran pula, tetapi hanya layak dijadikan 'Terompah Kayu' untuk dipakai ke tandas oleh pemimpin fasik UMNO.

Kerja ulama-ulama upahan ini ialah mengulas sesuatu isu yang bersifat fitnah, berita palsu dan 'hearsay', semata-mata untuk mendapat 'keredhaan' pemimpin UMNO lalu bersedia menempah kemurkaan Allah.

Apabila Fathul Bari, Ismail Mina, Nooh Gadot dan berapa individu lain memberi komen mereka ke atas isu yang mereka 'dengar' sebagai kononnya Anwar mempertikaikan undang-undang homoseks dan menyokong dihalalkan perbuatan tersebut; sebenarnya menyerlahkan lagi sikap mereka sebagai ulama dan intelek palsu penyambung lidah golongan sekular lagi fasik.

Puak-puak ini sebenarnya hanya berani berkokok ke atas isu dan fitnah yang melibatkan pemimpin PAS dan PKR, tetapi menjadi ulama 'Syaitan Bisu' di atas kemungkaran dan kemunafikan para pemimpin UMN0.

Hujjah Fathul Bari bahawa mereka yang menolak hukum agama mengenai larangan hubungan sejenis adalah terkeluar dari Islam dan murtad memberi gambaran yang cukup mengelirukan. Seolah-olah itu sahaja satu elemen dosa yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam dan murtad.

Apakah menolak hukum hudud, menghalalkan / melesenkan judi dan arak yang jelas haram itu tidak terkeluar dari Islam atau murtad? Tidakkah para pemimpin UMNO pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa jika hukum rejam dilaksanakan dinegara ini, maka projek jalanraya tidak dapat dilaksanakan kerana kehabisan batu?

Bukankah Dr. Mahathir pernah menghina janggut Rasulullah dan berkata jika undang-undang potong tangan dilaksanakan juga, akhirnya umat Islam akan ketinggalan berbanding kaum bukan Islam akibat kehilangan tangan yang telah dipotong? Kenapa ulama upahan UMNO membisu serta memekakkan telinga mereka diatas keceluparan para pemimpin UMNO ini?

Jelas, sudah terang lagi bersuluh, inilah jenis ulama yang Rasulullah sifatkan dalam hadithnya, "lelaki yang beriman kepada Islam di sebelah pagi dan hilang kepercayaannya di sebelah petang, yang beriman kepada Allah di sebelah petang, hilang keimanan itu di sebelah pagi". Oleh kerana itu, hindarkanlah diri kita dari dibawa dan dipandu oleh ulama seperti ini.

Ulama-ulama upahan UMNO ini sebenarnya adalah golongan yang petah bermain lidah mereka, menyeru umat Islam dalam ceramah-ceremah mereka supaya berbaik sangka, jangan tuding cari keatas pemimpin kerajaan diatas pelbagai penyakit sosial yang melanda negara kita.

Tetapi sebenarnya mereka ini jugalah yang disifatkan Allah sebagai orang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Sesungguhnya kata Allah, amat pedih sekali siksaanNya ke atas manusia jenis sebegini.

Ulama-ulama upahan inilah yang menuding jari keatas Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai kononnya negeri yang mempunyai jumlah pembawa penyakit HIV yang ramai berbanding negeri-negeri lain. Walhal, mereka tahu bahawa sebenarnya mereka yang membawa penyakit tersebut berpunca dari perlakuan sumbang yang dilakukan dinegara jiran, bukan berpunca dari negeri Kelantan.

Kepada ulama-ulama upahan UMNO ini saya menyeru kepada mereka supaya menghayati maksud firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 135, "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabat mu.

Jika dia kaya atau miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar-balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan."

8 comments:

  1. Bukan semua ulama yang melakukan begitu, jangan menilai seorang ulama yang tidak baik dan mengaitkan kepada semua ulama.

    ReplyDelete
  2. ulama adalah golongan yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama, mereka seharusnya menjadi penasihat dan contoh yang baik golongan lain.

    ReplyDelete
  3. Jauhkan diri daripada kemungkaran.

    ReplyDelete
  4. bersikap sederhana lebih baik

    ReplyDelete
  5. Tidak perlulah kita cuba untuk memburukan orang lain jika tidak tahu tahap diri itu bagaimana.

    ReplyDelete
  6. sepatutnya golongan2 ulama ini tidak dipengaruhi oleh politik.

    ReplyDelete
  7. kasihan saya lihat Hamzah.. beliau hanya mampu mempertikaikan dan mengutuk kenyataan pihak lain berbanding dengan mempertahankan kenyataan Anwar atau lebih tepat lagi menjelaskan pendirian sebenar Anwar berhubung dengan hubungan sejenis..

    ReplyDelete
  8. mengatakan bahawa penyakit HIV itu berpunca dari negara jiran, bukankah juga menggambarkan bahawa kerajaan kelantan telah gagal menjaga rakyatnya dalam mengelakkan kes seperti ini?? belajarlah untuk mengakui kelemahan..

    ReplyDelete