Wednesday 18 January 2012

HOMOSEKS, JANGAN TERPENGARUH FITNAH JAHAT



DATUK Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, katanya Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam. Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).

Ahmad berkata, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

Beliau nukilkan petikan jawapan Anwar tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

“We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia. But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

“Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan,” jelasnya.

10 comments:

  1. Harap tiada pihak yang sengaja memutar belit kata-kata Anwar. Rakyat sendiri juga janganlah mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  2. Calling all journalist: Stick to the canon of journalism

    http://www.eyeonethics.org/journalist-code-of-ethics-in-asia/canons-of-journalism-malaysia/

    ReplyDelete
  3. amalan homoseksual tak harus wujud di negara kita. ia bertentangan dgn fitrah manusia.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan Anwar boleh membuatkan rakyat M'sia terkeliru.

    ReplyDelete
  5. Harap para wartawan yang terlibat akan lebih beretika semasa melaporkan suatu berita

    ReplyDelete
  6. media tidak boleh dipercayai bulat2. rakyat perlu untuk buat penilaian dan tidak bergantung pada satu sumber saja.

    ReplyDelete
  7. Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Siapa yang di zalimi? Untuk siapa ini ditujukan? Bukankah Anwar mengulas perkara ini semasa isu homoseks. Tidakkan Anwar mengulas permainan bola pula.

    ReplyDelete
  8. Some people are too desperate to manipulate what had Anwar said.

    ReplyDelete
  9. kenapa bukan Anwar sendiri yang membuat pembetulan atau penjelasan tentang kenyataan beliau dalam wawancara BBC?? bagaimana kami mahu percaya bahawa itu adalah pendirian sebenar Anwar sedangkan bukan Anwar yang buat kenyataan itu..

    ReplyDelete
  10. ketika diwawancara berkenaan dengan isu hubungan sejenis, Anwar mengatakan akan menghapuskan undang2 lapuk.. adakah mana2 peruntukkan undang2 di negara ini yang membenarkan hubungan sejenis?? atau Anwar sendiri mahu membenarkan hubungan itu?? tidak ada undang2 yang menzalimi rakyat seperti yang dinyatakan penulis malah penjelasan itu tidak ada kaitan dengan wawancara BBC yang membincangkan tentang hubungan sejenis..

    ReplyDelete