Monday 23 January 2012

JALAN KG MANGKALINAU ATAU LUBANG KERBAU?

BERLUBANG....Manuel menunjuukan ke arah jalan yang rosak.

Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KEROSAKAN jalan masuk menuju ke kawasan Light Industry SEDCO dan Kampung Mangkalinau, di KM 6.7 Jalan Utara, Sandakan yang berlubang dan berlopak besar langsung tidak dipedulikan sejak setahun lalu.

Sabahkini. Net yang menjalankan tinjauan setelah menerima aduan daripada beberapa penduduk kampung Mangkalinau melalui telefon mendapati jalan sepanjang 400 meter berlubang di sana sini, seolah-olah tempat kerbau berkubang.

Dalam kesempatan itu Sabahkini.Net terserampak seorang penduduk yang hanya dikenali Manuel Masli sempat bertanya mengenai jalan tersebut dan katanya kerosakan itu sudah memakan hampir setahun.

“Kami sudah melaporkan bah kepada Wakil Rakyat Elopura tetapi tidak ada tindakan dari mereka. Banyak itu karita yang rosak kalau termasuk di lubang besar (dengan loghat Bajaunya)," jelas Manuel.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung ini merayu kepada pihak yang berkenaan sama ada JKR ataupun MPS agar menyenggelarakan kerosakan jalan ini dengan segera,” rayunya

Sabahkini.Net cuba menghubungi pejabat MPS dan UKPR Elopura untuk mendapatkan reaksi daripada pihak yang berwajib gagal kerana cuti umum.

No comments:

Post a Comment