Tuesday 10 January 2012

JANGAN PINGGIRKAN ADAT RESAM SUNGAI



KENANGAN......Masiung Banah menghadiahkan lima album lagu-lagu Sungai kepada Ewon Ebin sebagai tanda kenangan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MASYARAKAT Bangsa Sungai di negeri ini disaran agar tidak meminggirkan adat resam budaya yang diwarisi turun-menurun daripada nenek moyang dan harus mempertahankannya agar tidak luput ditelan zaman.

Begitu juga golongan belia, khususnya generasi muda haruslah memainkan peranan ke arah memulihara dan mengembangkan adat resam dan budaya kepada masyarakat lain yang ada di negara ini; khususnya di Sabah agar setanding dengan suku-suku kaum yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah, ketika berucap di majlis Makan Malam Sempena Pelancaran Album Bintang Kuamut Kedua malam tadi.

Masiung yang juga selaku Pengerusi Penganjur Majlis Pelancaran Album tersebut berkata selain Kesenian dan Kebudayaan Suku Kaum Sungai ditonjolkan kepada masyarakat setempat; bahkan juga lagu-lagu bangsa Sungai wajar turut diketengahkan agar didengari oleh semua kaum yang ada di negeri ini, agar setanding dengan lagu-lagu Dusun, Murut dan Kadazan yang sudah berjaya dihasilkan berpuluh-puluhan tahun lamanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) kerana menyokong dan memberi ruang kepada anak-anak muda kita untuk terus memainkan peranan bagi menyemarakan dan menaikan mertabat bangsa Sungai di persada muzik tanah air, khususnya di Sabah dengan menerusi lagu-lagu Sungai,” kata Masiung lagi.

Masiung turut merayu RTM, khususnya Sandakan FM, agar sentiasa memainkan lagu-lagu kaum Sungai di corong-corong radio agar didengari oleh semua lapisan masyarakat bagi melariskan penjualan album lagu-lagu tersebut di pasaran, khususnya kepada penggemar lagu-lagu tempatan.

MENGHIBURKAN ....Sari Sandakung DJ Sensasi Sandakan FM turut menghiburkan para tetamu.

Seramai lima orang yang vokalis Bintang Kuamut yang dilancarkan album kedua mereka termasuk Haldan Gius dengan lagunya Pinuambatan Tagina; Asmin Peyok melalui lagu Ronat Pinosanongau Mu; Meltha Sapari dengan lagu Sudai Amas; Idak Maindun yang menyanyikan lagu Oi Gidi Di Gama dan Ringoin Pining dengan lagunya Wainoi No Alantik.

Dalam temubual eksklusif Sabahkini.Net dengan kelima-lima vokalis tersebut, mereka menjelaskan setakat ini album mereka sangat laris di pasaran kerana penduduk Kinabatangan, Lahad Datu, Beluran, Sugut, Kudat dan Pitas menggemari lagu-lagu mereka.

Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Badminton Daerah Tongod yang diadakan di Restoran Kenalan Mu di Km 7.8 Jalan Utara Sandakan telah dihadiri lebih 600 orang yang datangnya dari Kuamut, Kinabatangan, Telupid dan Beluran.

Turut hadir sama Datuk Ewon Ebin; ADUN Sukau Datuk Mohd Saddi Abdul Rahman; Pegawai Daerah Tongod dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Majlis yang bermula dari jam 7 malam hingga 11 malam dihiasi dengan persembahan artis tempatan ketika tetami menjamu selera, termasuk seorang penyanyi paling Top daripada Sandakan FM yang merupakan DJ Sensasi RTM/Sandakan FM iaitu Sari Sandakung dengan lagu Sungai berirama Dangdut.

13 comments:

  1. Marilah kita semua memberi sokongan kepada vokalis tempatan kita ini.

    ReplyDelete
  2. Budaya perlulah sentiasa diingati dan disebarkan supaya tidak akan berhenti di situ sahaja.

    ReplyDelete
  3. budaya dan adat merupakan identiti kepada satu suku kaum yang dapat membezakannya dalam masyarakat majmuk dalam negeri Saabah, Bahkan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. taniah kepada seniman bangsa sungai kerana membawa adat dan budaya mereka ke dalam pesada seni tempatan! Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  5. Bukan saja adat resam Sungai malah semua adat resam kaum lain juga harus dijaga dan pastikan generasi baru mempelajarinya.

    ReplyDelete
  6. budaya dan adat resam kita harus kita kekalkan, jgn biarkan ia pupus.

    ReplyDelete
  7. sekarang ni, keterlangsungan ada resam budaya dan bahasa setiap suku kaum/etnik di Sabah banyak bergantung kepada generasi muda. kalau generasi muda lebih terpengaruh dengan budaya2 luar seperti budaya barat, besar peluang semua adat dan budaya boleh pupus.

    ReplyDelete
  8. semoga artis2 tempatan yang bergiat dalam industri muzik dapat terus bertahan lama dan sebaiknya terus maju dan dimartabatkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  9. adat resam dan budaya haruslah sentiasa dijaga agar tidak ditelan zaman.

    ReplyDelete
  10. teruskan berusaha untuk mengangkat kebudayaan masyarakt tempatan.

    ReplyDelete
  11. Bukan untuk kaum sungai saja namun jika boleh semua kaum yang ada di Sabah untuk mempromosikan budaya yang ada dalam kaum mereka.

    ReplyDelete
  12. Sabah yang kaya dengan pelbagai kaum dan budaya ini menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Sabah. Jadi kerajaan perlu mencari cara untuk mempromosikan perkara ini kepada dunia.

    ReplyDelete
  13. tujuan penubuhan persatuan berasaskan kaum adalah untuk memastikan adat resam kaum yang diwakili itu tidak dipinggirkan.. oleh itu, berikan sokongan penuh kepada persatuan tersebut jika tidak mahu kaum sendiri dipinggirkan..

    ReplyDelete