Saturday 21 January 2012

JPKA SALUR BANTUAN RM246.7 JUTA

SINGA....Azizah dan Jin mempamerkan ucapan Tahun Baru Cina yang dibawa oleh 'Singa'.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

JABATAN Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah telah memperuntukan RM246.7 juta bagi membiayai pelbagai bantuan kepada rakyat yang kurang bernasib baik pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna berkata sebanyak RM786,883.50 daripada jumlah telah disalurkan untuk bantuan kebajikan kawasan Beaufort.

Beliau berkata selain bantuan kebajikan setiap tahun kerajaan memperuntukan jumlah yang besar untuk meningkatkan taraf hidup dengan menyediakan pelbagai kemudahahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen, peruntukan khas menteri dan Jabatan Ketua Menteri di samping peruntukan Jabatan Perdana Menteri Melalui projek PIA & PIAS

“Peruntukan-peruntukan yang diberikan kerajaan ini telah dimanafaatkan sepenuhnya meliputi kepentingan aspek ekonomi, sosial, sukan dan pendidikan. Ini meliputi projek-projek membaikpulih jalan, jambatan, sungai, membina dan menyelenggara surau, dewan, balai raya, sekolah, menyelenggara portal pendidikan, sistem skor A, bantuan pelajar dan pengiktirafan akademik melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, serta program-program motivasi dan Transformasi Belia, dalam ertikata yang lain meliputi seluruh masyarakat samada golongan muda ataupun tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis 1 Malaysia Mesra Gong XI Fa Cai 2012 di Dewan SJKC Kung Ming, Beaufort baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian, tarian singa dan persembahan koir itu Pegawai Daerah Beaufor, Wong Foo Tin, Ketua Daerah, Wong Samie, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Museh dan Ketua Masyarakat Cina Beaufort, Jin Ming Teck.

Azizah yang juga Adun Klias itu berkata rakyat perlu terus mengekalkan semangat muhibbah dan permuafakatan yang telah menjadi tunjang kekuatan negara bangsa untuk terus menerajui kemajuan dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

HIBUR....Hadirin dihiburkan dengan tarian singa pada Majlis 1 Malaysia Mesra Gong XI Fa Cai 2012 di Dewan SJKC Kung Ming, Beaufort.

“Perpaduan merupakan kunci yang dapat membuka pintu kemakmuran, ketenteraman, kesejahteraan, kedamaian dan kemajuan sesebuah negara. Berpegang teguhlah kepada kunci ini, yang sudahpun kita miliki,bersatu kita teguh, brcerai kita roboh. Perpaduan itu seperti sebuah rumah yang kukuh dan tidak mudah roboh , maka setiap satu daripada kita ialah tiang-tiangnya andai patah satu maka pincanglah ia,” katanya sambil mengingatkan agar rakyat tidak memandang remeh terhadap usaha memelihar perpaduan.

“Janganlah kita anggap perpaduan ini sebagai suatu perkara yang kecil. Dan jangan pula kita berfikir bahawa ianya akan berkekalan tanpa dipertahankan. Ingatlah bahawa rahmat perpaduan yang kita nikmati hari ini adalah hasil dari perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dan seterusnya mengekalkan kemerdekaan itu dengan memastikan wujudnya perpaduan kaum. Jangan sekali-kali kita leka dengan kesenangan yang kita nikmati ini maka peliharalah perpaduan dan semangat muhibbah yang kita miliki hari ini,” katanya sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada 23hb Januari 2012 kepada seluruh rakyat di Daerah Beaufort terutamanya kepada masyarakat Tiong Hwa khasnya.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan bantuan kepada SJKC Kung Min dan bantuan 'Singa' untuk tokong-tokong di daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

15 comments:

  1. Tahniah kepada JPKA, harap jabatan ini akan teruskan pemberian bantuan kepada semua rakyat yang kurang bernasib baik dalam negeri.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah perlulah terus mempertahankan perpaduan antara rakyat sejak zaman nenek moyang kita lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sia2kan perpaduan yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita

      Delete
    2. jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan anasir2 luar yang boleh memecahkan semangat perpaduan rakyat.

      Delete
  3. A heartfelt congratulation to JPKA on their initiative to aid the less unfortunate ones.

    ReplyDelete
  4. “Janganlah kita anggap perpaduan ini sebagai suatu perkara yang kecil. Dan jangan pula kita berfikir bahawa ianya akan berkekalan tanpa dipertahankan. Ingatlah bahawa rahmat perpaduan yang kita nikmati hari ini adalah hasil dari perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dan seterusnya mengekalkan kemerdekaan itu dengan memastikan wujudnya perpaduan kaum. Jangan sekali-kali kita leka dengan kesenangan yang kita nikmati ini maka peliharalah perpaduan dan semangat muhibbah yang kita miliki hari ini,”

    A very concise reminder as to how fragile "perpaduan" can be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Sekarang ini ramai yang suka mengahsut terutamanya di media2 online. Rakyat kena bijak menilai setiap perkara.

      Delete
  5. bantuan yang diberikan harap dpt membantu penduduk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Harap bantuan tu akan digunakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  7. untuk kekalkan perpaduan, perlu usaha dan komitmen berterusan. ia hanya sekadar suatu matlamat jika tidak diamalkan dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan timbang rasa dari segenap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  8. Teruskan lagi memberikan bantuan kepada penduduk Sabah. RM246.7 juta satu jumlah yang besar digunakan oleh kerajaan untuk membantu penduduk Sabah yang kurang bernasih baik.

    ReplyDelete
  9. Teruskan lagi usaha mendekat dan memberikan bantuan kepada para penduduk itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  10. Berkhidmat kepada rakyat secara berterusan. Syabas!

    ReplyDelete
  11. sebenarnya banyak sumbangan2 kerajaan yang diberikan kepada rakyat di negeri ini namun disebabkan kurang pendedahan media, maka rakyat seolah2 tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  12. saya harap JPKA akan terus menghulurkan bantuan kebajikan kepada negeri ini memandangkan negeri ini masih banyak kekurangan yang perlu diatasi segera..

    ReplyDelete